Pages

Tuesday, July 10, 2012

Polis buru pembunuh wanita

Berita Harian | Polis buru pembunuh wanita:
Kabul: Pihak berkuasa Afghanistan melancarkan gerakan memburu seorang anggota Taliban yang menembak mati seorang wanita di tempat terbuka atas tuduhan berzina, kata pegawai, ketika kemarahan memuncak selepas video pembunuhan kejam itu disebarkan. 

Pembunuhan kejam Komander 130,000 anggota NATO di Afghanistan, Jeneral John Allen, menawarkan untuk membantu pasukan keselamatan mengesan dan menangkap lelaki terbabit dalam apa digelar “pembunuhan kejam yang tidak dapat dihurai dengan kata-kata.” 
Kejadian menembak wanita berkenaan di hadapan lelaki yang bersorak ditunjukkan secara terperinci dalam video upacara pembunuhan itu di sebuah perkampungan di wilayah Parwan, kira-kira 100 kilometer utara ibu kota ini. 

“Kami sudah menghantar pasukan polis ke kawasan itu,” kata Gabenor wilayah Parwan Basir Salangi kepada AFP, menambah kerajaan tiada kehadiran tetap di lembah itu. 

“Mereka memburu anggota Taliban yang bertanggungjawab namun Taliban terbabit termasuk pembunuh dipercayai suami wanita itu sendiri, melarikan diri ke kawasan pergunungan.” 

Jurucakap Salangi Roshna Khalid secara berasingan memberitahu AFP, wanita berusia 22 tahun dikenali Najiba, berkahwin dengan seorang anggota radikal Taliban dan dituduh berzina dengan seorang komander Taliban 

Hukuman mati 

“Dalam tempoh sejam mereka memutuskan mangsa bersalah dan menjatuhkan hukuman mati. Mereka menembaknya di hadapan penduduk.” katanya. 

AFP
'via Blog this'

No comments:

Post a Comment