Pages

Tuesday, July 10, 2012

Buku dedah operasi bunuh saintis Iran

myMetro | Buku dedah operasi bunuh saintis Iran:

WASHINGTON: Sebuah buku mendakwa agensi perisikan Israel menghantar pembunuh ke Iran sebagai kempen menggagalkan program nuklear republik itu.
Ditulis Dan Raviv dan Yossi Melman, buku itu berjudul Spies Against Armageddon: Inside Israel’s Secret Wars.

Ejen sulit Israel membunuh sekurang-kurangnya empat saintis nuklear Iran, termasuk menyasarkan mereka dari motosikal. Menurut penulis itu, ejen Mossad terbabit cekap menembak tepat dalam sebarang kelajuan dan mahir melekatkan bom pada kenderaan dinaiki sasaran.
Kaedah itu, kata mereka, menjadi identiti popular Mossad. Menurut Raviv, operasi itu adalah sebahagian daripada siri misi rutin ejen Mossad di Iran dalam usaha mereka menghalang Teheran membangunkan senjata nuklear. “Disebabkan misi itu terlalu sensitif, Perdana Menteri Israel sendiri mesti menandatangani kelulusannya,” katanya. Menurut Raviv, ejen terbabit mungkin mendapatkan bantuan atau sokongan logistik daripada pembangkang Iran, tetapi pembunuhan dilakukan mereka sendiri. “Kaedah, latihan dan penggunaan motosikal memang menjadi latihan Mossad dan mereka tidak mempercayai sesiapa untuk melakukannya,” katanya. Menurut penulis itu, ejen Mossad masuk dan keluar Iran melalui pelbagai cara dan bersembunyi di lokasi rahsia sebaik saja berada di negara itu.

Melman pula berkata, Israel percaya kempen membunuh saintis itu berjaya mengganggu program nuklear Iran. - AP

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment