Pages

Monday, July 30, 2012

Jordan buka kem untuk pelarian Syria

"MAFRAQ: Jordan semalam membuka kem pelarian rasmi pertamanya untuk membantu menempatkan puluhan ribu warga Syria yang melarikan diri dari keganasan yang semakin meningkat.

“Saya berharap kesengsaraan saudara kami dari Syria akan dapat diatasi,” kata Menteri Dalam Negeri, Ghaleb Ghaleb Zubi kepada wartawan ketika beliau dan Menteri Luar, Nasser Judeh merasmikan kem Zaatari.


Kem yang terletak di Mafraq, berhampiran sempadan Syria itu boleh menempatkan 12,000 pelarian.

Menurut Judeh, antara 1,000 dan 2,000 rakyat Syria melarikan diri ke Jordan setiap hari. “Kami melakukan yang terbaik untuk menyediakan keselamatan kepada pelarian itu dan pada masa sama berusaha untuk mencari penyelesaian politik bagi mengakhiri pertumpahan darah di Syria,” katanya.


Nasser pula berkata, kini terdapat 142,000 pelarian Syria di Jordan dan kira-kira 36,000 daripada mereka berdaftar dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. - Reuters"

No comments:

Post a Comment