Pages

Monday, July 30, 2012

Jihad Sinai akui bertanggungjawab

"ISMAILIA: Sebuah kumpulan jihad Islam yang berpangkalan di Sinai, Mesir, semalam memuatnaikkan video menunjukkan tindakannya melancarkan serangan merentas sempadan pada Jun lalu yang menyebabkan seorang rakyat Israel terbunuh.

Kejadian itu mencetuskan keraguan mengenai kemampuan Mesir mengawal keselamatan di semenanjung padang pasir itu.


Rakaman berkenaan menunjukkan anggota kumpulan baru, Majlis Syura al-Mujahidin, lengkap berpakaian seragam tentera dan memilih peronda keselamatan dan sebuah bandar Israel sebagai sasaran mereka. Sejak penggulingan Presiden Hosni Mubarak yang pro-Amerika Syarikat Februari tahun lalu, kawalan keselamatan di Sinai dan terhadap kumpulan pejuang Islam di wilayah utara Mesir semakin longgar. - AFP"

No comments:

Post a Comment