Pages

Tuesday, July 31, 2012

200,000 penduduk tinggalkan Aleppo


Seorang tentera Syria melihat mayat yang didakwa sebagai tentera militia Presiden Bashar al-Assad di wilayah al-Sukkari, Aleppo, kelmarin.  - Foto Reuters
Seorang tentera Syria melihat mayat yang didakwa sebagai
tentera militia Presiden Bashar al-Assad di wilayah
al-Sukkari, Aleppo, kelmarin. - Foto Reuters

Tentera Syria, pemisah terus bertempur 


Aleppo: Pasukan tentera Syria dan pemisah bertempur di dalam dan sekitar Aleppo sebelum awal pagi semalam ketika pertempuran di utara bandar raya itu memasuki hari ketiga dengan kedua-dua pihak mendakwa kian mara.
Pertempuran menyebabkan 200,000 penduduk awam meninggalkan Aleppo, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang memberi amaran bencana kemanusiaan manakala Perancis berkata mereka akan menggesa satu mesyuarat Majlis Keselamatan PBB segera mengenai Syria.

“Tentera Syria mengawal bahagian daerah Salaheddin dan meneruskan serangannya,” kata satu sumber keselamatan di Damsyik kepada AFP.

Bagaimanapun Kolonel Abdel Jabbar al-Oqaidi, ketua majlis tentera FSA Aleppo menegaskan tentera kerajaan tidak bergerak satu meter pun.

“Kami melancarkan satu serangan baru dari Salaheddin ketika waktu malam dan memusnahkan empat kereta kebal,” kata komander pemisah kepada AFP melalui telefon.

Sejak pelancaran serangan regim terhadap Aleppo, FSA melakukan tiga serangan terhadap Salaheddin, katanya sambil menambah pemisah mengawal antara 35 hingga 40 peratus Aleppo.
Rami Abdel Rahman, Ketua Pemerhati Hak Asasi Syria berkata tentera regim pada Isnin tiba di kejiranan Salaheddin.”

Kolonel Oqaidi berkata beberapa bahagian Aleppo dibom dengan pesawat pejuang MiG dan helikopter.”

Aktivis melaporkan bahawa beberapa daerah pemisah di Aleppo dibedil atau diserang mesingan ketika waktu malam.

Ada di antaranya diserang dengan helikopter.

Di luar Aleppo, pemisah merampas sebuah kawasan pemeriksaan strategik selepas pertempuran selama 10 jam, membolehkan mereka bergerak bebas antara bandar raya utara dan Turki, kata seorang komander FSA dan seorang wartawan AFP.

“Pusat pemeriksaan Anadan dirampas pada 5 pagi selepas 10 jam bertempur,” kata Jeneral Ferzat Abdel Nasser, seorang pegawai pemisah yang berpaling dari tentera Syria sebulan lalu.

Seorang wartawan AFP di tempat kejadian berkata pemisah menahan tujuh kereta kebal dan kenderaan armour dan memusnahkan kenderaan kelapan.

Enam askar terbunuh dan 25 orang dipenjarakan, kata Jeneral Ferzat melalui telefon sambil menambah empat orangnya turut terbunuh.
AFP

No comments:

Post a Comment