Pages

Saturday, June 30, 2012

Tentukan siapa etnik Rohingya rakyat Myanmar

Tentukan siapa etnik Rohingya rakyat Myanmar:PARIS 29 Jun - Ikon demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi berkata, adalah penting untuk menentukan siapa di kalangan etnik Rohingya merupakan rakyat negara itu.
Akhbar Daily Star melaporkan beliau yakin sebahagian etnik Rohingya mempunyai hak sebagai warganegara Myanmar kerana memenuhi ketetapan di bawah undang-undang kewarganegaraan.
''Bagaimanapun, kita perlu memastikan siapa di kalangan mereka adalah warganegara Myanmar,'' katanya di sini semalam pada akhir lawatannya ke Eropah.
Beliau berkata, Myanmar memerlukan undang-undang kewarganegarasn yang adil dan kuat bagi mengelak kritikan antarabangsa.
Lebih 80 orang maut dalam pertempuran antara penduduk Rakhine yang beragama Buddha dengan etnik Rohingya yang beragama Islam.
Suu Kyi berkata, perbalahan agama dan etnik serta ketiadaan keharmonian antara puak selalunya berpunda daripada perbezaan agama serta budaya.
''Ia mengambil masa untuk menyelesaikannya. Bagaimanapun, melalui kedaulatan undang-undang, masalah yang berlaku sekarang dapat dikurangkan,'' katanya.
Menurut beliau, masalahnya di barat Myanmar, sistem pengawalan sempadan sangat lemah dan ada pegawai imegresen pula terlibat dalam rasuah.
''Bangladesh akan menyatakan mereka yang datang dari Myanmar adalah rakyat Myanmar, manakala Myanmar menyatakan mereka yang datang dari Bangladesh tidak boleh berada di sini. Jadi ia satu masalah,'' ujarnya. - AGENSI

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment