Pages

Saturday, June 30, 2012

Kebakaran hutan terburuk di Colorado, seorang terbunuh

Kebakaran hutan terburuk di Colorado, seorang terbunuh:
Sebuah helikopter digunakan untuk menaburkan air di kawasan kediaman di barat Akademi Tentera Udara AS dekat Waldo Canyon bagi mengelakkan kebakaran hutan merebak ke Colorado Springs, Colorado, kelmarin. - REUTERS
COLORADO SPRINGS 29 Jun - Sekurang-kurangnya seorang penduduk terbunuh, manakala dianggarkan 346 buah rumah musnah dalam kebakaran hutan paling teruk yang pernah melanda Colorado, Amerika Syarikat (AS), yang bermula awal minggu ini.
Kebakaran hutan tersebut turut memaksa berpuluh-puluh ribu penduduk di kawasan terbabit berpindah ke tempat yang lebih selamat.
Ketua Polis Colorado, Peter Carey berkata, mayat mangsa yang terbunuh ditemui di sebuah rumah yang sebelum ini terdapat laporan menyatakan dua orang hilang di lokasi yang sama.
Kebakaran hutan yang berlaku kali ini dianggap sebagai kejadian paling teruk di Amerika Barat dalam tempoh berpuluh-puluh tahun.
Setakat malam tadi, 15 peratus kebakaran hutan itu berjaya dikawal, manakala api yang marak ke Akademi Tentera Udara AS berjaya dipadamkan dan cuaca sejuk turut membantu memperlahankan api.
Kos untuk memadamkan kebakaran dilaporkan mencecah AS$3.2 juta (RM9.6 juta).
Datuk Bandar Colorado Springs, Steve Bach berkata, kira-kira 257 buah rumah di utara Colorado musnah dijilat api.
Katanya, kira-kira 35,000 penduduk terpaksa berpindah ke tempat yang lebih selamat ekoran kebimbangan dengan keadaan api yang marak dengan cepat di beberapa kawasan.
Keadaan yang masih berbahaya juga menyukarkan pihak berkuasa menyiasat punca kebakaran yang bermula awal minggu ini dan telah memusnahkan kawasan seluas 67 kilometer persegi.
Colorado Springs, bandar kedua terbesar Colorado, menempatkan Pusat Latihan Olimpik AS, Pasukan Pertahanan Angkasa Lepas Amerika Utara (NORAD) dan pusat operasi satelit tentera AS.
Bagaimanapun, kesemua fasiliti penting terbabit setakat ini tidak terjejas dengan kebakaran itu. - AGENSI

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment