Pages

Friday, June 29, 2012

Ramai yakin Obama mampu tangani makhluk asing

WASHINGTON: Hampir dua daripada tiga rakyat Amerika berpendapat Presiden Barack Obama lebih baik berbanding pesaingnya daripada parti Republikan, Mitt Romney untuk menangani penaklukan makhluk asing, menurut satu kaji selidik dikeluarkan semalam.
Saluran National Geographic menghubungi 1,114 orang dewasa di seluruh negara bulan lalu untuk pendapat mereka ekoran siri baru dokumentari televisyen kabel bertajuk "Chasing UFOs." Sebanyak 36 peratus responden berkata, mereka yakin bahawa objek terbang tidak dikenali (UFO) memang wujud. Sebanyak 11 peratus yakin mereka melihat UFO dan 20 peratus lagi berkata, mereka tahu seseorang yang mendakwa melihatnya.

Dengan Obama yang bakal menghadapi pilihan raya November depan, 65 peratus berkata, Obama lebih mahir berbanding Romney untuk menangani penaklukan makhluk asing, dengan wanita yang berusia lebih muda serta berusia lebih 65 tahun bersetuju dengan pendapat itu berbanding lelaki. Saluran National Geographic berkata, keputusan daripada kaji selidik "Aliens Among Us" melalui e-mel dan Internet itu bersesuian dengan dokumentari "Chasing UFOs" yang ditayangkan Jumaat lalu dengan penduduk Texas serta Colorado menceritakan pengalaman mereka berdepan dengan objek terbang misteri. - AP

No comments:

Post a Comment