Pages

Friday, June 29, 2012

Kapal RM2 bilion milik bilionair misteri

LONDON: Belayar di laut buat kali pertama, kapal layar 400 juta pound (RM2 bilion) itu adalah satu daripada yang terbesar dan termahal pernah dibina.
Pembinaan kapal besar selama empat tahun itu adalah buah fikiran pereka Britain yang ironinya berpangkalan di wilayah tanpa laut, Rutland. Namun di sebalik saiz kapal yang menonjol bernama Topaz itu, identiti pemiliknya kekal rahsia.

Berukuran 147 meter, ia adalah antara kapal terpanjang pernah dibina dan hanya 15 meter lebih pendek daripada Eclipse milik Roman Abramovich yang memegang gelaran kapal terpanjang setakat ini.
Kapal itu juga mempunyai berat hingga 12,000 tan. Siapa pun pemilik bertuahnya, pastinya mempunyai banyak wang.

Identiti pelanggan bilionairnya tidak didedahkan Lurssen, syarikat pembuat kapal itu yang tidak mahu membincangkan pelanggan peribadi mereka ekoran persetujuan yang dibuat.

Hasilnya, maklumat lanjut mengenai kapal itu masih tidak lengkap, tetapi kapal bersaiz besar seperti itu didakwa berharga antara 300 pound (RM1.5 bilion) hingga 400 juta pound (RM2 bilion).
Difahamkan Topaz adalah hasil rekaan pereka Britain, Tim Heywood.

Lelaki berusia 62 tahun yang sudah berpengalaman 40 tahun dalam industri itu memainkan peranan penting dalam menghasilkan beberapa kapal terbaik di dunia. - DM

No comments:

Post a Comment