Pages

Monday, June 25, 2012

Pesawat Turki di luar Syria

Seorang budak lelaki menangis di sisi mayat bapanya yang juga anggota tentera pembebasan Syria yang maut dibunuh tentera rejim berhampiran Idlib, pada 21 Jun lalu. - REUTERS
DAMSYIK 24 Jun - Turki hari ini menuduh Syria menembak pesawat pejuangnya di ruang udara antarabangsa ketika pemantau menyatakan Damsyik kini menghadapi krisis terbaru dan keganasan di negara ini semakin meningkat dengan lebih 100 dilaporkan maut, semalam.
Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoglu berkata, mengikut kesimpulannya, pesawat pejuang Turki ditembak jatuh di ruang udara antarabangsa iaitu kira-kira 13 batu nautika dari Syria.
Sementara itu, sekurang-kurangnya 34 maut, termasuk 16 tentera, dalam pertempuran dengan pemberontak di Syria hari ini, menurut pertubuhan Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia.
Pertempuran berlaku di pekan Dara Aza dan di pusat pemeriksaan tentera berhampiran pekan al-Atarib dan perkampungan Kafr Halab.
Pertubuhan pemantau yang beribu pejabat di London itu berkata, insiden terbaru itu berlaku selepas 116 orang terbunuh dengan 77 daripadanya ialah orang awam, dalam keganasan di seluruh Syria, semalam, selepas tentera rejim meningkatkan serangan ke atas-pekan-pekan di negara ini.
Kelmarin, Syria mengesahkan menembak jatuh pesawat F-4 selepas menceroboh ruang udaranya dan Turki mengakui pesawat pejuangnya itu mungkin berada di kawasan Syria, dalam satu kenyataan yang dilihat cuba meredakan ketegangan terbaru antara kedua-dua negara bekas sekutu itu.
Seorang jurucakap tentera Syria memberitahu agensi berita rasmi SANA awal pagi ini, mereka telah menembak jatuh sebuah objek yang tidak dikenali ketika itu yang melakukan penerbangan rendah dan laju di kawasan wilayah perairan negara ini.
Sebuah meriam anti-pesawat membedil pesawat tersebut kira-kira satu kilometer dari pantai dan ia terhempas 10 kilometer di luar perairan wilayah Latakia, menurut jurucakap itu.
Presiden Turki, Abdullah Gul berkata, tindakan pesawat perang itu terbang pada kelajuan tinggi untuk merentasi sempadan adalah sesuatu yang jarang berlaku, tetapi menegaskan ia tidak 'berniat jahat'.
Tentera laut kedua-dua negara sedang menjalankan usaha mencari dua krew yang hilang. - AFP

No comments:

Post a Comment