Pages

Monday, June 25, 2012

Pemimpin Ikhwan Presiden Mesir

Mohammed Mursi
KAHERAH 24 Jun - Calon Ikhwan Muslimin, Mohammed Mursi secara rasmi diumum sebagai Presiden Mesir hari ini, sekali gus disambut sorakan berpuluh-puluh ribu penyokongnya yang berhimpun di Dataran Tahrir sejak awal pagi.
Menurut keputusan yang diumumkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Presiden, Farouk Sultan, Mursi menerima 51.7 peratus atau 13 juta undi, menewaskan bekas komander tentera udara, Ahmed Shafik yang memperoleh 48.3 peratus atau 12 juta undi.
"Pemenang bagi pilihan raya Presiden pada 16-17 Jun lalu ialah Mohammed Mursi," kata Sultan.
Pengumuman menerusi satu sidang media yang disiarkan di televisyen itu, turut diperdengarkan melalui pembesar suara di Dataran Tahrir, lokasi penyokong Ikhwan berkumpul bagi menanti keputusan berkenaan.
Kemenangan beliau disambut sorakan penyokongnya yang mengibarkan bendera negara dan melaungkan 'Allahuakbar!'.
Mursi, 60, seorang jurutera yang pernah menjalani hukuman penjara sewaktu era pemerintahan bekas Presiden Hosni Mubarak, memenangi pusingan pertama pilihan raya Presiden Mei lalu.
Kemenangannya juga meredakan kebimbangan tentang keganasan yang mungkin dilancarkan golongan sekular, yang khuatir Shafik yang juga sekutu Mubarak bakal diangkat sebagai pemimpin baru Mesir. - AGENSI

No comments:

Post a Comment