Pages

Friday, June 22, 2012

Kerajaan Uruguay timbang benar jual, edar ganja

MONTEVIDEO: Uruguay bersedia untuk melaksanakan undang-undang membenarkan negara itu menjual dan mengedar marijuana, yang pertama di Amerika Latin.
Tindakan itu adalah satu daripada 15 undang-undang diusulkan pentadbiran Presiden Jose Mujica yang berhaluan kiri bagi membantu memerangi peningkatan jenayah.

“Kami percaya larangan ke atas dadah tertentu menimbulkan lebih banyak masalah kepada masyarakat berbanding dadah itu sendiri dengan kesan yang teruk,” kata Menteri Pertahanan, Eleuterio Fernandez Huidobro dalam sidang akhbar.
Matlamatnya untuk melaksanakan “pengawalan ketat dalam negara terhadap pengedaran dan penghasilan” ganja. Kini terdapat tiga cadangan di Kongres meminta kebenaran atas penanaman marijuana untuk kegunaan peribadi, tetapi kerajaan membantahnya kerana bimbang Uruguay akan “dituduh menjadi pusat antarabangsa penanaman dan pengedaran dadah.” - AFP

No comments:

Post a Comment