Pages

Monday, June 4, 2012

Datuk minta anak lelaki dera cucu dihukum mati

Berita Harian Online | Datuk minta anak lelaki dera cucu dihukum mati:
DUBAI: Seorang datuk yang cucu perempuannya berusia lapan tahun didera sampai mati oleh anak lelakinya sendiri di Dubai menuntut supaya anaknya dihukum mati kerana tidak layak menerima pengampunan berikutan kekejamannya.

Lelaki itu berkata beliau dan seluruh keluarganya tidak mengaku Hamad Soud, 27, sebagai anak mereka kerana membunuh cucu perempuannya dengan bantuan teman wanita ketika mabuk dan di bawah pengaruh dadah sebelum mencukur kepala mangsa dan menanamnya di gurun.
“Ini adalah pembunuhan kejam. Mereka mendera cucu saya dengan besi panas dan memaksa beliau makan najis dan air kencingnya.
Ini adalah pembunuhan kejam. Mereka mendera cucu saya dengan besi panas dan memaksa beliau makan najis dan air kencingnya. - Datuk mangsa
“Mereka juga sering memukulnya sebelum mati. Kami tidak boleh memaafkannya dan mahukan beliau dan teman wanitanya dihukum bunuh kerana membantu dalam jenayah terkutuk ini,” katanya memberitahu akhbar berbahasa Arab beribu pejabat di Dubai, Emirat Alyoum. 

Komander polis Dubai, Leftenan Jeneral Dahi Khalfan Tamim berkata tertuduh ditahan oleh polis Dubai dalam tempoh 48 jam selepas beliau membunuh anaknya dan menanamnya di kawasan gurun Alfaya. 

Akhbar itu berkata adik mangsa yang berusia tujuh tahun turut dipukul dan didera dan berada dalam keadaan parah ketika ditemui bersendirian di rumah oleh abang tertuduh. 

Difahamkan lelaki itu meminta abangnya menjenguknya di rumah dan teman wanita memberitahu beliau tiada di rumah manakala dua anak perempuannya berada di rumah ibu mereka. 
“Saya tidak mempercayai kata-kata wanita itu dan memberitahu saya dalam perjalanan dari Abu Dhabi untuk menemui mereka. Sebaik tiba, saya mendengar anak saudara saya menangis kerana tinggal bersendirian dan pintu berkunci. 

“Sebaik berjaya membuka pintu, saya terkejut melihat keadaan anak saudara saya yang teruk dan penuh luka di badan dan pangsapuri itu berbau busuk,” katanya. – Agensi.
'via Blog this'

No comments:

Post a Comment