Pages

Monday, June 4, 2012

Bashar nafi kerajaan terbabit tragedi Houla

Berita Harian Online | Bashar nafi kerajaan terbabit tragedi Houla:
BEIRUT: Presiden Syria, Bashar Assad, semalam menafikan kerajaannya terbabit dengan pembunuhan beramai-ramai di Houla minggu lalu dan berkata manusia paling kejam sekalipun tidak akan melakukan jenayah keji itu. 

Dalam ucapan di Parlimen yang disiarkan menerusi televisyen, Assad berkata negaranya berdepan perang sebenar dan menyalahkan pengganas disokong negara luar dan pelampau di atas pertumpahan darah itu. Beliau juga berikrar untuk meneruskan tindakan keras tentera.
Kenyataan pertama presiden mengenai tragedi itu menjelaskan pembunuhan ngeri membabitkan kematian lebih 100 penduduk, hampir separuh daripadanya kanak-kanak. Penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) berkata, ada wasangka kuat penyerang prokerajaan melakukan pembunuhan itu, tetapi Assad menafikan.
“Jika kita tidak berasakan kesakitan seperti yang saya rasakan, mengenai kejadian kejam itu, terutama kanak-kanak, kita bukanlah manusia,” katanya. Ucapan terakhirnya dilakukan Januari lalu. 

Kenyataan Assad menunjukkan beliau masih tegas dengan pendirian, di sebalik kecaman antarabangsa berhubung tindakan keras ke atas pembangkang. Walaupun banyak mengulangi kenyataan sama dalam ucapan terdahulu, ulasannya mengenai Houla amat dinantikan. 

“Manusia paling kejam pun tidak akan melakukan jenayah yang kita saksikan, terutama pembunuhan beramai-ramai Houla. Tiada kata-kata untuk menggambarkannya,” kata Assad. 

Bagaimanapun, pembangkang Syria segera menyifatkan kenyataan itu sebagai pembohongan. 
“Ia adalah ucapan terdesak dan bodoh. Beliau tidak menawarkan apa-apa kepada rakyat Syria dalam masa 70 minit berucap,” kata anggota kumpulan pembangkang utama, Majlis Kebangsaan Syria, Adib Shishakly. – AP
'via Blog this'

No comments:

Post a Comment