Pages

Sunday, May 27, 2012

Presiden Mesir: Wakil Ikhwanul undi terbanyak, keputusan 'terikat'

Mohammed Mursi
Mohammed Mursi
KAHERAH - Mohammed Mursi, wakil Ikhwanul Muslim dan bekas Perdana Menteri Ahmed Shafiq akan bersaing di pusingan kedua pemilihan presiden yang pertama sejak Hosni Mubarak digulingkan.

Dalam pusingan pertama pemilihan yang berakhir kelmarin, Mohammed berada di depan dengan memperoleh 25.3 peratus undi manakala Ahmed, bekas anggota pentadbiran Hosni, memperoleh 24.9 peratus undi.

Kemunculan mereka di tempat teratas mengingatkan kembali pertembungan dua kumpulan politik ketika Hosni memerintah negara itu.

Hosni digulingkan menerusi kebangkitan rakyat awal tahun lalu.

Pusingan kedua pemilihan akan berlangsung pada 16 dan 17 Jun.

Pengundian pusingan pertama berlangsung Rabu dan Khamis lalu manakala keputusan rasmi akan diumumkan pada Selasa ini.

Jurucakap Ikhwanul Muslim berkata, Mesir akan berada dalam bahaya jika Ahmed menang pemilihan presiden.

Katanya, pihaknya akan menjalin kerjasama dengan calon-calon lain untuk memastikan kemenangan di pusingan kedua.

Ikhwanul Muslim telah menjemput pemimpin-pemimpin pembangkang untuk mengadakan mesyuarat hari ini.

Kempen kedua-dua pihak mendakwa bahawa masing-masing telah 'mencuri semangat' revolusi yang membawa kepada kejatuhan Hosni.

Jurucakap Ahmed, Ahmed Sarhan menggesa pihak-pihak yang prorevolusi agar mengundi calon mereka demi masa depan Mesir manakala Ikhwanul Muslim pula mahu membawa 'empayar' Islam

No comments:

Post a Comment