Pages

Sunday, May 27, 2012

Misteri kematian Richard ‘Berhati Singa’ akan diketahui

LONDON: Selepas lebih 800 tahun, akhirnya misteri mengenai punca yang menyebabkan kematian seorang daripada Raja England paling terkenal, mungkin dapat ditentukan.
Richard ‘Berhati Singa’ mati akibat jangkitan misteri ketika dirawat selepas cedera dipanah ketika kepungan terhadap sebuah istana di Perancis pada 6 April 1199.

Tetapi tidak seorang pun dapat menentukan kuman yang menjangkiti saluran darah Richard hingga menyebabkan dia mati pada usia 42 tahun.
Kini, pakar forensik, Philippe Charlier, akan memeriksa sampel kecil jantung raja abad ke-12 itu untuk menentukan punca kematiannya 812 tahun lalu.

Sebahagian kecil jantung Richard disimpan selama ratusan tahun di Gereja Rouen di utara Perancis.

Charlier berkata, ujian kimia terhadap satu atau dua miligram jantung berkenaan atau satu peratus daripada jantung yang masih tersimpan itu sudah cukup untuk memperoleh keputusan muktamad dan ia dijangka dapat diketahui dalam masa tiga bulan.
Charlier sebelum ini membantu mengesahkan bahawa Napoleon Bonarparte mati kerana diracun tentera Britain.

Richard menjadi popular selaku Raja England kerana mengetuai tentera salib memerangi umat Islam untuk menawan Baitulmaqdis. Dia bagaimanapun gagal menawan bandar itu. - DM

No comments:

Post a Comment