Pages

Wednesday, April 11, 2012

Pencipta Instagram kaya-raya serta merta

CALIFORNIA: Facebook semalam mengumumkan akan membeli aplikasi perkongsian foto paling popular, Instagram, untuk telefon bimbit pintar dengan harga berbilion dolar.
Pencipta aplikasi yang memberi kemudahan pengguna untuk mengubah dan memuat naik foto ke dalam telefon bimbit pintar dan tablet itu akan dibayar secara tunai dan memperoleh saham Facebook.
Facebook juga akan menyelesaikan proses Initial Public Offering (IPO) sahamnya, bulan depan.

Persetujuan itu akan menjadikan pencipta Instagram, Kevin Systrom dan Mike Krieger kaya-raya serta merta.


Persetujuan itu dicapai beberapa hari selepas Instragram memperkenalkan versi perisian untuk telefon android, selepas terkenal dalam aplikasi Apple.

Mereka bersetuju dengan tawaran itu selepas Kevin menolak tawaran Mark Zuckerberg untuk bergabung dengan Facebook, lapan tahun lalu.

Pertama kali mereka bertemu dengan Zukerberg ketika Kevin masih lagi meneruskan pengajian di Universiti Stanford.

Kevin berkata: “Waktu itu saya membuat keputusan untuk meneruskan pengajian.”

Kevin dan Mike telah mengambil keputusan tepat kerana mereka kini menikmati kejayaan tanpa dibantu oleh ibu bapa atau orang lain. - DM 

No comments:

Post a Comment