Pages

Thursday, April 12, 2012

Empat sekeluarga dirempuh

Empat sekeluarga dirempuhKLANG - Tindakan remaja lelaki dipercayai memandu laju mengundang padah apabila merempuh empat sekeluarga sehingga menyebabkan kematian seorang lelaki.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 8 malam itu turut menyebabkan tiga lagi parah dan dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), kelmarin.

Ketua Trafik merangkap Ketua Bahagian Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, Deputi Superintenden Rosly Abd Rahman berkata, mangsa yang maut dikenali Dal Khup manakala isteri dan dua anak mangsa dilaporkan cedera parah.

“Kesemua mereka adalah warga Myammar yang merupakan pelarian United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR).

“Siasatan awal mendapati. sebelum insiden berlaku, kesemua mangsa dikatakan sedang melintas jalan di Persiaran Seraya dari arah Persiaran Tengku Ampuan Rahimah menghala Persiaran Pegaga,” katanya.

Kemudian katanya, sebuah kereta Proton Wira yang dipandu remaja berusia 20 tahun dipercayai gagal mengelak lalu merempuh empat sekeluarga yang sedang melintas jalan.

“Berikutan rempuhan kuat itu, kesemua mangsa tercampak ke jalan raya menyebabkan mereka parah.

“Kesemua mangsa dikejarkan ke HTAR bagaimanapun ketua keluarga tersebut meninggal dunia ketika mendapat rawatan manakala isteri mangsa dilaporkan kritikal.

“Dua anak mangsa pula separa kritikal dan masih dirawat di hospital yang sama,” katanya.

Katanya, keterangan pemandu kenderaan itu diambil dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) APJ 1987.

No comments:

Post a Comment