Pages

Sunday, April 22, 2012

Brievik tak menyesal

myMetroBrievik tak menyesal:

OSLO: Pelampau anti-Islam Norway yang membunuh 77 orang tahun lalu sedikit pun tidak menunjukkan rasa kesalnya ketika dia menceritakan semula tindakannya menembak mati mangsa dari jarak dekat, semalam.
Ander Behring Breivik, dalam kenyataan di mahkamah semalam, turut menegaskan, dia lelaki baik dan tidak menghidap sakit jiwa. Breivik berkata, dia berlatih untuk menghakiskan emosinya tetapi mengaku serangan berkembarnya Julai lalu adalah tindakan kejam dan tidak bertamadun.

“Saya melatih jiwa saya selama beberapa tahun kerana anda tidak boleh menghantar seseorang yang tidak bersedia ke medan pertempuran,” katanya.
Pelampau berhaluan kanan berusia 33 tahun itu menceritakan secara terperinci mengenai perbuatan membunuh 69 remaja di Pulau Utoeya dengan berkata, dia dengan tenang berjalan di sekitar pulau itu, membunuh satu persatu mangsa.

Dia sebelum itu memberi amaran supaya mereka yang tidak ingin mendengar kekejamannya, meninggalkan mahkamah.

Brievik, tanpa sebarang tanda penyesalan, menceritakan bagaimana dia berjalan selama lebih sejam, menembak seorang demi seorang dengan pistol dan senapang, memaksa ramai terjun ke laut untuk menyelamatkan diri.
“Ada mangsa tidak jauh dari saya. Dengan tenang saya tembak kepalanya. Di satu sudut, ada satu kumpulan lain. Saya tembak semuanya. Ramai yang ditembak dikepala beberapa kali. Ada yang berpura-mati. Itu sebabnya saya menembak mereka berulang kali,” kata lelaki itu. - Agensi

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment