Pages

Wednesday, April 11, 2012

Arab Saudi negara ke-26 paling gembira

JEDDAH: Arab Saudi berada di tangga ke-26 dalam senarai negara paling gembira dalam kajian yang dilakukan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Negara jirannya, Emiriah Arab Bersatu, menduduki tangga ke-17, manakala dua lagi negara Teluk - Kuwait dan Qatar - masing-masing berada di tempat ke-29 dan 31.

Senarai negara paling gembira itu dikuasai oleh negara Eropah Utara.

Denmark berada di tangga teratas, mengatasi Finland, Norway, Belanda dan Kanada.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Ekonomi dan Perancang tahun lalu, pendapatan per kapita tahunan di Arab Saudi mencecah SR49,000 (RM39,700). Pendapatan per kapita negara itu tidak berubah kerana peningkatan dramatik populasi penduduk.

Negara paling tidak gembira dikuasai oleh negara miskin Afrika.


Di tangga terbawah ialah Togo, diikuti Benin, Republik Afrika Tengah, Sierra Leone dan Burundi. - SG

No comments:

Post a Comment