Pages

Wednesday, March 28, 2012

Wanita Iraq mangsa jenayah kebencian

Berita Harian Online | Wanita Iraq mangsa jenayah kebencian:
CALIFORNIA: Seorang wanita Iraq yang ditemui dipukul, terbaring berlumuran darah di rumahnya di El Cajon, dengan sekeping nota bertulis ‘balik ke negara kamu’, meninggal dunia dan polis yang menyiasat kematiannya mengesyaki ia disebabkan jenayah kebencian. 

Anak perempuan Shaima al Awadi yang berusia 17 tahun, Fatima al-Hamidi menemui ibunya terbaring tidak sedarkan diri di lantai ruang makan di rumah mereka Rabu lalu.
Al Awadi dibawa ke hospital dan terpaksa menggunakan mesin sokongan hayat, tetapi meninggal dunia kira-kira jam 3.00 petang Sabtu lalu.
“Menurut fahaman kami, beliau dipukul dengan besi pembuka tayar kira-kira lapan kali di kepala. Beliau ditemui terbaring di atas lantai dan ditemui berlumuran darah,” kata Pengarah Majlis Perhubungan Amerika-Islam cawangan San Diego, Hanif Mohebi. 

Al Awadi berusia 32 tahun dan mempunyai lima anak berusia lapan hingga 17 tahun. 

“Seminggu lalu mereka mendapat surat menyatakan: “Ini negara kami, bukan negara kamu, pengganas dan ibu saya tidak mengendahkannya kerana menyangka ia cuma kerja budak yang mahu bermain-main saja”. 

“Namun pada hari mereka memukul ibu saya, mereka meninggalkan satu nota lain dan berkata perkara sama,” kata Fatima kepada stesen televisyen KGTV. 
Al Himidi memberitahu KGTV penceroboh tidak mencuri apa-apa daripada rumah mereka dan kebencian menjadi satu-satunya motif pembunuhan itu. 

“Jenayah kebencian adalah satu kemungkinan dan kami menyiasat perkara itu. Kami tidak mahu memberi fokus kepada cuma satu isu dan terlepas isu lain,” kata pegawai penyiasat, Leftenan Mark Coit. 

Al Awadi berhijrah ke Amerika Syarikat pada pertengahan tahun 1990-an. Ada ramai penduduk berketurunan Iraq di El Cajon, kata Mohebi, dan kerap berdepan kejadian jenayah benci. 

“Matlamat utama kami ialah membawa sesiapa yang melakukan jenayah ini ke muka pengadilan,” katanya. – Agensi
'via Blog this'

No comments:

Post a Comment