Pages

Wednesday, March 28, 2012

Pelajar temui gen barah payu dara

Berita Harian Online | Pelajar temui gen barah payu dara:
RIYADH: Seorang pelajar tajaan Arab Saudi mencatat kejayaan baru saintifik selepas beliau menemui dua gen baru yang mempunyai kaitan rapat dengan barah payu dara. 

Hani Chaudhry, pelajar ijazah doktor falsafah tajaan Universiti Raja Abdulaziz di Universiti Oxford di London, menjalankan kajian selama dua tahun menggunakan teknik khas generasi baru (NGS) untuk menyah kod dan mengenal pasti genetik sel kanser.
Pelajar Arab Saudi itu dilaporkan mengkaji aktiviti gen dalam lebih 120 kes barah payu dara di Hospital Universiti Oxford.
Berdasarkan kajian, beliau menemui lebih 72 gen yang tidak dikenali sebelum ini. 

Kedua-duanya menjalani kajian tanpa henti yang diharapkan mampu memainkan peranan utama dalam menghentikan pertumbuhan sel kanser. 

Aktiviti kedua-dua gen itu dibuktikan dalam lebih 260 kes pesakit barah payu dara. Ia boleh digunakan sebagai petunjuk diagnosis awal kanser payudara. 

Chaudhry ketika ini mendaftarkan pencapaian saintifiknya di Organisasi Genom Manusia (HUGO), yang mana rujukan akan dibuat menggunakan nama Universiti Raja Abdulaziz (KAU). – Agensi
'via Blog this'

No comments:

Post a Comment