Pages

Wednesday, March 28, 2012

Tunisia kekalkan konsep negara sekular

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:


TUNIS 27 Mac - Parti pemerintah Tunisia berkata, pihaknya tidak akan menerapkan undang-undang syariah dalam Perlembagaan baru negara ini, sebaliknya akan mengekalkan unsur sekular di negara Afrika itu, tindakan yang menimbulkan kemarahan golongan konservatif.
Parti Ennahda yang muncul sebagai pemenang dalam pilihan raya umum pertama Tunisia pada tahun lepas berkata, ia akan mengekalkan artikel pertama Perlembagaan 1956 dalam asas undang-undang baru yang sedang dirangka itu.
''Kami tidak akan menggunakan undang-undang syariah untuk menguatkuasakan Islam,'' kata pemimpin parti Islam berfahaman sederhana itu, Rached Ghannouchi pada satu sidang media, di sini semalam.
Artikel pertama Perlembagaan sebelum ini menyatakan Tunisia adalah negara bebas, merdeka dan berdaulat, agama rasmi adalah Islam, bahasa rasmi adalah Arab dan ia adalah sebuah negara republik.
Seorang lagi pemimpin parti itu, Zied Doulatli berkata, keputusan Ennahda itu bertujuan untuk mengukuhkan konsensus nasional dan mempromosi peralihan demokrasi dengan menyatukan parti-parti majoriti untuk menghadapi cabaran akan datang.
Keputusan itu menimbulkan kemarahan parti Salafis di Tunisia yang mahu undang-undang syariah diterapkan dalam Perlembagaan. - AFP

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment