Pages

Wednesday, March 28, 2012

Bantahan kematian remaja kulit hitam

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:



Penunjuk perasaan melaungkan slogan membantah kegagalan polis menahan seorang anggota keselamatan yang menembak mati remaja kulit hitam Trayvon Martin, dalam satu tunjuk perasaan di Los Angeles, California, kelmarin. - REUTERS


SANFORD 27 Mac - Beribu-ribu penunjuk perasaan berarak di sini semalam untuk menuntut keadilan terhadap seorang remaja berkulit hitam yang ditembak mati oleh seorang anggota keselamatan pada bulan lalu.
Kes tersebut, sekali gus mencetuskan kemarahan penduduk Amerika Syarikat (AS) dan membangkitkan kembali ketegangan berhubung isu perkauman.
Kira-kira 8,000 penunjuk perasaan berarak di jalan-jalan di Sanford dekat Florida untuk mengemukakan petisyen yang ditandatangani lebih dua juta orang kepada pemimpin sivik bagi menuntut hukuman dikenakan ke atas anggota keselamatan yang bertanggungjawab menembak mati Trayvon Martin, 17, pada bulan lalu.
Orang ramai turut melaungkan 'Keadilan untuk Trayvon' dalam perarakan yang diketuai oleh ibu bapa remaja terbabit, Tracy Martin dan Sybrina Fulton, serta dua pemimpin berhaluan kanan, Al Sharpton dan Jesse Jackson.
Jackson berkata, demonstrasi itu diadakan disebabkan ketidakadilan dalam isu perkauman dan bukan hanya membabitkan kes juvana.
Katanya, penindasan kaum dalam sistem keadilan, jabatan polis dan perbankan telah berlanjutan sejak sekian lama.
Dalam pada itu, Sharton berkata, kes itu disifatkan sebagai 'mempersendakan keadilan'.
"Saya akan menyertai bantahan ini sehingga kami mendapat keadilan yang sepatutnya," katanya.
Petisyen itu yang dilancarkan di dalam talian oleh kumpulan aktivis Change.org, menuntut George Zimmerman, 28, disiasat dan didakwa selepas menembak mati Trayvon yang tidak bersenjata pada 28 Februari lalu.
Zimmerman mendakwa, dia menembak mati remaja tersebut atas alasan mempertahankan diri selepas mereka berdua bertengkar di kawasan komuniti berpagar di Sanford.
Namun, kematian Trayvon mencetuskan kemarahan orang ramai dan kumpulan hak asasi manusia mendakwa kejadian itu merupakan penindasan perkauman terhadap masyarakat berkulit hitam. - AFP

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment