Pages

Saturday, March 10, 2012

Terpaksa buat kaki palsu sendiri

Terpaksa buat kaki palsu sendiri - Utara - Sinar Harian:
kaki-palsu
BALING - Seorang pesakit diabetes di Kampung Tanjung Merbau di sini terpaksa membuat kaki palsu sendiri bagi membolehkannya bergerak setelah kaki kananya dipotong tahun lalu.

Radzuan Ismail, 43, menggunakan getah kasut sebagai tapak kaki palsunya untuk mengurangkan kesakitan ketika melakukan pergerakan.

Menurutnya, selepas kakinya dipotong, ia diletakkan simen yang biasanya digunakan untuk kaki patah.

“Selepas kaki saya sembuh, doktor mengarahkan saya membuang simen itu.

“Tapi, saya sayang nak buang kerana simen itu masih dalam keadaan baik. Jadi, saya menukarkan simen itu kepada kaki palsu dengan meletakkan getah kasut sebagai tapak simen,” katanya.

Menurutnya, walaupun simen itu mempunyai tapak getah, kakinya masih terasa sengal ketika melakukan pergerakan.

“Kaki palsu ini bukan kaki palsu yang sebenar. Ia hanyalah simen yang dijadikan kaki palsu. Jadi, keselesaannya tidak sama dengan kaki palsu yang sebenar.

“Setiap kali saya melangkah, memang terasa sengal, tetapi, tidaklah terlalu sakit. Sekurang-kurangnya saya dapat keluar ke rumah malah dapat menunggang motosikal,” katanya.

Radzuan yang tinggal bersama ibunya itu tidak mampu melakukan pekerjaan berat melainkan perniagaan runcit kecil-kecilkan di rumah bagi membolehkannya dan keluarga menjana pendapatan.

“Itulah yang mampu saya lakukan. Isteri pula suri rumah sepenuh masa, lagipun isteri turut mengalami masalah rabun. Matanya menjadi kabur sejak beberapa tahun lalu.

“Selain itu, ibu saya turut membantu serba sedikit. Ibu menoreh getah kalau tak hujan, dapat juga tambah pendapatan. kalau tidak, hanya bergantung kepada perniagaan runcit sahaja,” katanya.

Menurutnya, dia sudah memohon kaki palsu di Hospital Kulim namun setakat ini belum menerima sebarang maklum balas dan berharap permohonan itu akan diluluskan secepat mungkin.

Menurutnya, pemimpin kampung turut membantunya memanjangkan masalah itu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membolehkannya mendapat bantuan bulanan orang kurang upaya (OKU).

“Alhamdulillah, pemimpin kampung di sini amat prihatin dengan nasib penduduk di sini. Borang dihantar pada tahun lepas dan kemungkinan masih dalam proses kelulusan.

“Saya amat berharap, permohonan saya dapat diluluskan kerana sedikit sebanyak dapat meringankan beban,” katanya.

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment