Pages

Saturday, March 10, 2012

Mangsa simbah asid: 'Saya tidak mahu tuding jari'

Mangsa simbah asid: 'Saya tidak mahu tuding jari' - Semasa - Sinar Harian:
Walaupun dibenarkan pulang lebih awal Mohd Fazil Hanapi perlu mengambil ubat susulan untuk mengelak
MARANG – "Kesan lecur semakin sembuh, sakit juga makin berkurangan,” kata Mohd Fazil Hanapi Idrus, 18, mangsa asid yang dibenarkan pulang selepas menjalani rawatan di Wad Kebakaran Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, kelmarin.

Mohd Fazil Hanapi yang ditemui Sinar Harian di rumahnya di Kampung Baru Pulau Rusa, di sini berkata, dia dibenarkan keluar dari wad selepas doktor mendapati kesan lecur di muka, lengan kanan, badan serta kakinya sudah semakin beransur pulih.

Menurutnya, dia bersyukur kerana dapat pulang semula ke pangkuan keluarga selepas kejadian simbahan asid pada 19 Februari lalu itu menyebabkan dia dan rakannya, Shahrul Zaman Salim, 38, terpaksa dikejarkan ke HSNZ untuk mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Serating yang masih menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu perlu mengambil ubat susulan secara berjadual untuk mengelak kesan lecuran mengalami komplikasi lain.

Dalam kejadian pada 19 Februari lalu itu, Mohd Fazil Hanapi dan Shahrul Zaman yang bekerja sebagai nelayan itu melecur di bahagian muka dan badan akibat disimbah dengan asid ketika tidur di sebuah rumah di Kampung Padang Mercang di sini.

Mengenai punca kejadian, Mohd Fazil Hanapi berkata, sehingga sekarang dia masih tidak mengetahui motif sebenar kejadian itu dan enggan menuding jari mencari salah mana-mana pihak dan berharap pihak berkuasa dapat merungkai motif kejadian itu.

“Saya rasa biarlah pihak berkuasa sahaja yang menyelesaikan kerumitan itu,” katanya yang turut menerima kunjungan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Merchang, Alias Idris, 54, bersama Sinar Harian.

Sementara itu, bapanya, Idrus Mat Noh, 54, sebelum ini memberitahu bahawa anaknya perlu dirawat selama dua bulan di HSNZ, Kuala Terengganu bagaimanapun dapat pulang awal selepas permohonan anaknya untuk keluar lebih awal diterima pihak hospital.

“Selain keadaan lecurnya yang semakin pulih dia juga mendakwa sunyi tinggal di wad, jadi pihak hospital tidak menghalang kami untuk membawanya pulang ke rumah lebih awal dari tempoh yang telah ditetapkan sebelum ini,” katanya kepada Sinar Harian.

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment