Pages

Thursday, March 15, 2012

Kanak-kanak 2 tahun lemas di Tasik Titiwangsa

Berita Harian Online | Kanak-kanak 2 tahun lemas di Tasik Titiwangsa:
Seorang kanak-kanak lelaki 2 tahun ditemui mati terapung di Tasik Titiwangsa, pagi tadi. 
 

KUALA LUMPUR: Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun, yang hilang ketika bermain di taman permainan dekat Tasik Titiwangsa di sini, semalam, ditemui terapung selepas lemas di tasik itu pagi ini. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata mayat kanak-kanak malang itu ditemui terapung berhampiran kawasan permainan di taman itu oleh orang ramai pada jam 7.30 pagi.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur.
"Pada kejadian kanak-kanak tersebut bersama ibunya berumur 18 tahun serta ibu saudaranya berkelah di situ," katanya kepada pemberita hari ini. 

Beliau berkata, kanak-kanak itu dipercayai tergelincir semasa bermain di padang permainan itu dan selepas dilaporkan hilang, usaha mencari dilakukan sehingga jam 12.30 tengah malam tadi. - BERNAMA
'via Blog this'

No comments:

Post a Comment