Pages

Friday, March 16, 2012

Dua maut tak nampak treler

myMetro | Dua maut tak nampak treler:MARAN: Seorang pemandu lori tiga tan dan kelindannya terbunuh selepas kenderaan yang mereka naiki merempuh belakang sebuah treler membawa biji besi di Kilometer 158.7, Lebuhraya Pantai Timur (LPT), dekat sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.50 pagi itu, mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Muzadrul Hasdi, 35, dari Batu Caves, Selangor manakala kelindannya, Muhamad Fuzi Yaakob, 22, dari Mantin, Negeri Sembilan. Kedua-dua mereka mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan beberapa bahagian badan.

Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Ahmad Johari Shahabudin berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menaiki lori membawa muatan produk makanan beku itu dalam perjalanan menghala ke Kota Bharu dari Puchong.
Bagaimanapun, katanya, sebaik tiba di tempat kejadian, Muzadrul dipercayai tidak dapat melihat dengan jelas treler di depannya akibat kabus tebal.

Katanya, siasatan awal mendapati Muzadrul dipercayai gagal menekan brek sebelum kenderaannya terus merempuh treler yang bergerak perlahan di lorong kiri lebuh raya berkenaan dan rempuhan itu mengakibatkan mangsa tersepit di tempat duduk masing-masing.

“Sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat bersama satu jentera bergegas ke tempat kejadian dan mengambil masa hampir sejam untuk mengeluarkan mayat kedua-dua mangsa.
“Mayat dihantar ke Hospital Bandar Jengka (HBJ) untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarga masing-masing, tengah hari semalam,” katanya.

Beliau berkata, pada masa sama, polis sudah mengambil keterangan pemandu treler terbabit berusia 44 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment