Pages

Saturday, March 31, 2012

Azerbaijan benar Israel guna ruang udara untuk serang Iran

myMetro | Azerbaijan benar Israel guna ruang udara untuk serang Iran:

WASHINGTON: Israel kini memperoleh kebenaran menggunakan ruang udara Azerbaijan, lapor majalah Foreign Policy (FP), semalam.
Memetik sumber di kalangan diplomat dan perisikan tentera AS, FP melaporkan, kemudahan itu mungkin digunakan Israel untuk mendaratkan pesawat tenteranya apabila selesai menyerang Iran satu hari nanti.

Menurut sumber, mereka yakin Israel memperoleh kebenaran dari negara yang terletak bersebelahan dengan Iran itu baru-baru ini.
“Untuk apa kebenaran itu dipohon? Tiada maklumat jelas mengenainya,” katanya.

FP melaporkan, AS bimbang dengan perkembangan itu kerana ia boleh menyukarkan usaha Washington mengurangkan ketegangan Iran - Israel.

Beberapa minggu lalu, timbul jangkaan Azerbaijan akan terbabit dalam konflik Tel Aviv - Teheran selepas Baku menandatangani perjanjian perdagangan senjata dengan rejim Zionis itu.
Bagaimanapun, ada pihak menganggap, Baku mengambil risiko terlalu tinggi jika terbabit dalam konflik itu, selain belum jelas faedah yang akan diperoleh Azerbaijan jika mereka melakukannya.

Jika itu berlaku, Iran mungkin akan menyerang semula Azerbaijan. - Agensi

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment