Pages

Saturday, March 31, 2012

18 tahun tak ada gaji

myMetro | 18 tahun tak ada gaji:

HAIL (Arab Saudi): Seorang warga India mendakwa tidak dibayar gaji selama 18 tahun bekerja sebagai penternak biri-biri.
Dia kini menuntut bayaran sebanyak SR85,000 (RM69,000) untuk membolehkannya pulang ke negara asalnya.

Bagaimanapun, majikannya yang ditahan di Balai Polis Amaayer Bin San’a memberitahu akhbar, dia tidak mampu membayar gaji lelaki berkenaan kerana dia sendiri miskin.
“Saya tidak mempunyai punca pendapatan kecuali elaun keselamatan sosial sebanyak SR3,000 daripada kerajaan. Jika saya membayar pekerja itu, saya tidak boleh menyara keluarga saya,” kata majikan berusia 72 tahun itu yang tinggal di sebuah kampung di tengah Padang Pasir Al-Nefud.

Lelaki rakyat India itu berkata, dia cuba beberapa kali untuk melarikan diri tetapi gagal kerana terlalu takut mati kerana kehausan di padang pasir yang luas itu. Kawasan kediaman paling dekat terletak 50 kilometer dari ladang ternak majikannya itu.

Dia mengaku tidak pernah melawan atau menyerang majikannya tetapi berulang kali merancang membunuh diri. “Saya minum racun serangga tujuh tahun lalu, tetapi majikan saya menyelamatkan saya,” katanya. - SG.

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment