SUNGAI PETANI - Seorang wanita warga emas maut di tangan anak sendiri akibat ditetak di kepala di sebuah rumah di Kampung Padang Buluh, Mukim Sidam Kiri, dekat sini semalam.
A'inshon Abd. Rahman, 60, ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah oleh penduduk yang kemudian melaporkan kepada polis kira-kira pukul 1.30 petang.
Suspek yang masih bujang difahamkan berang selepas ditegur ibunya yang melarangnya keluar dari rumah.
Pemuda berusia 26 tahun itu kemudian mengambil sebilah parang di luar rumah sebelum menyerang ibunya di dapur.
Selepas berulang kali menetak belakang kepala ibunya, suspek kemudian melarikan diri.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Zakaria Ahmad berkata, polis kemudian menjalankan gerakan memburu suspek dan berjaya menangkapnya sekitar kawasan Sidam Kiri kira-kira sejam kemudian.
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment