Pages

Wednesday, February 22, 2012

Sindiket terbesar curi lori tumpas


SEBAHAGIAN komponen lori curi yang telah dileraikan ditemui di Kampung Air Putih, Simpang, Taiping, Perak baru-baru ini.




SHAH ALAM - Polis menumpaskan satu sindiket curi kenderaan dipercayai terbesar bernilai jutaan ringgit dengan tertangkapnya 12 suspek dalam serbuan berasingan di Selangor dan Perak pada Khamis dan Jumaat lalu.
Kesemua suspek disyaki telah bergiat aktif sejak 10 tahun lalu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, tangkapan pertama membabitkan tiga lelaki berusia di antara 22 dan 33 tahun di belakang sebuah pasar raya di Rawang ketika mereka cuba mencuri sebuah lori pada 16 Februari lalu.
Beliau berkata, polis kemudian memeriksa kenderaan dinaiki suspek dan menemui pelbagai barangan dipercayai digunakan untuk mencuri seperti pemutar skru, gunting, playar, wayar yang diubah suai dan test pen.
"Keesokan harinya, polis kemudian menahan seorang lagi lelaki berusia 25 tahun pada pukul 4 pagi di Sabak Bernam sebelum menyerbu sebuah premis di Kampung Air Putih, Simpang di Perak," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Kosmo! Online - Negara:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment