Pages

Tuesday, February 14, 2012

Russia mahu gencatan senjata di Syria

MOSCOW: Russia berkata semalam, gencatan senjata perlu diwujudkan di Syria sebelum misi pasukan pengaman bersama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Arab ditempatkan di negara yang dilanda keganasan itu.

Menteri Luar, Sergei Lavrov berkata, Russia kini mengkaji rancangan baru Liga Arab untuk membentuk pasukan pengaman bersama-sama dengan PBB.


Bagaimanapun, menurutnya, Moscow mempunyai keraguan mengenai beberapa perkara berhubung cadangan itu.

“Kami kini mengkaji rancangan itu dan menjangka negara Arab menjelaskan beberapa perkara mengenainya,” kata Lavrov selepas berbincang dengan rakan sejawatannya dari Emiriah Arab Bersatu, Sheikh Abdullah bin Zayed al-Nahayan.


“Untuk menempatkan satu misi pasukan pengaman, anda perlukan persetujuan pihak yang berkenaan,” kata Lavrov. - AP


myMetro | Russia mahu gencatan senjata di Syria:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment