Pages

Tuesday, February 14, 2012

Pengebom Bali ceria dengar pertuduhan

UMAR Patek bersalam dengan pendakwa sebelum keluar dari mahkamah selepas mendengar pertuduhan, semalam.
UMAR Patek bersalam dengan pendakwa sebelum keluar
 dari mahkamah selepas mendengar pertuduhan, semalam.


Umar Patek hadapi hukuman mati bersalam dengan hakim, pendakwa

JAKARTA: Suspek militan utama yang ditangkap di Pakistan, Umar Patek, memakai kopiah, berseluar dan baju putih tersenyum lebar kepada wartawan sebelum mula dibicarakan di sini semalam atas pelbagai dakwaan termasuk pembunuhan terancang dalam serangan bom di Bali pada 2002.

Dia tiba di mahkamah dalam kenderaan polis, diiringi komando polis bersenjata sebelum memasuki kandang tahanan.
Defendan bersubahat dengan pihak lain untuk melakukan jenayah dengan membawa masuk, memperoleh, menyediakan atau memiliki senjata api, peluru atau bahan letupan serta bahan bahaya lain untuk melancarkan keganasan. - Lexsy Mamont, Hakim
Umar Patek, 45, berdepan lima tuduhan lain termasuk membuat bom dan memiliki senjata api secara haram, dan pendakwa berkata mereka akan meminta dia dijatuhkan hukuman mati.

“Perbicaraan Umar Patek diisytiharkan bermula,” kata Hakim Lexsy Mamont sebelum pendakwa, Widodo Supriady membaca pertuduhan.

“Defendan bersubahat dengan pihak lain untuk melakukan jenayah dengan membawa masuk, memperoleh, menyediakan atau memiliki senjata api, peluru atau bahan letupan serta bahan bahaya lain untuk melancarkan keganasan,” kata Supriady kepada mahkamah.

Pendakwaan setebal 30 muka surat turut menyebut pembabitan Patek dalam aktiviti berkaitan keganasan di Aceh dan peranannya dalam pengeboman Bali.
Perancang serangan bom di Bali lain yang sudah dibicara dan dihukum mati termasuk Imam Samudra, Amrozi Nurhasyim dan Ali Ghufron.

Umar Patek turut memberitahu penyiasat, dia dan militan lain yang terbabit dalam serangan di Bali bertemu seminggu selepas itu untuk meraikan kejayaan itu dan membincangkan sama ada mereka boleh lakukannya dengan lebih baik.

Kamar mahkamah dipenuhi kira-kira 100 orang, separuh daripadanya wartawan Australia. Patek, yang duduk di kerusi berdepan dengan panel lima hakim diapit peguamnya di kiri dan pendakwa di kanan.

Selepas sesi ditunda hingga Isnin minggu depan, Umar Patek bersalam dengan hakim dan pendakwa sambil tersenyum sebelum dibawa keluar.

Maklumat hingga tertangkapnya Umar Patek sebagai suspek pengganas paling dikehendaki di Indonesia mencapai AS$1 juta (RM3 juta).

Dia diekstradisi ke Indonesia selepas ditangkap pada Januari 2011 di bandar Abbottabad, Pakistan, lokasi sama komando Amerika membunuh pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden, Mei lalu.

Perbicaraan Umar Patek di mahkamah daerah Jakarta Barat dibuka di tengah kawalan ketat, dengan polis berkata mereka menempatkan unit pakar antikeganasan di seluruh bandar raya itu.

Menteri Pertahanan Indonesia, Purnomo Yusgiantoro, sebelum ini berkata ada maklumat Umar Patek cuba bertemu dengan Osama di Abbottabad sebelum penangkapannya, tetapi perkara itu tidak dapat disahkan. – AFPBerita Harian Online | Pengebom Bali ceria dengar pertuduhan:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment