Pages

Tuesday, February 14, 2012

Aceh gusar pergaduhan politik, senjata haram diedar

BANDA ACEH: Wilayah Aceh berdepan risiko dilanda keganasan apabila parti politik elit bertelingkah sesama sendiri dalam usaha menjadi pemerintah di kawasan yang kaya dengan sumber semula jadi itu, menerusi pilihan raya akan datang.




Minggu lalu, pusat kempen pasukan pilihan raya antara parti ditembak bertubi-tubi, menonjolkan perbalahan yang dikhuatiri mencetuskan lebih banyak keganasan membabitkan penggunaan senjata antara penyokong bekas komander kumpulan pemisah Gerakan Aceh Merdeka (GAM).




Gabenor Aceh, Irwandi Yusut, bekas ketua unit perisikan GAM yang bertanding untuk penggal kedua dalam pilihan raya 9 April ini, berkata kebimbangan semakin memuncak berhubung pengedaran senjata api haram.
Irwandi baru-baru ini mengarahkan beberapa bekas perisik GAM bekerjasama dengan polis dan tentera untuk mencari sumber senjata api tidak berlesen itu.




“Kami merampas ratusan senjata api. Beberapa pejuang GAM menyerahkan senjata mereka secara suka rela. Namun, dalam sesetengah kes, kami membayar penduduk supaya menyerahkan senjata.




“Masih banyak senjata diedarkan di Aceh,” katanya sambil menafikan dakwaan senjata yang diserahkan itu diagihkan kepada pengikutnya dalam usaha mempertahankan diri daripada pembangkang.




Aceh masih bergelut untuk pulih dari segi ekonomi dan sosial berikutan konflik selama tiga dekad yang meragut lebih 17,000 nyawa.
Pada Ogos 2005, GAM bersetuju menggugurkan tuntutan mendapatkan kemerdekaan dan menandatangani perjanjian damai dengan Kerajaan Indonesia, tidak sampai setahun selepas tsunami melanda pada 26 Disember 2004 membunuh 220,000 penduduk wilayah itu.




Bagaimanapun, pejuang GAM cuma menyerahkan 830 unit senjata kepada tentera dengan lebih 5,000 masih disimpan.




Senjata itu dipercayai digunakan untuk melakukan keganasan di wilayah berkenaan menjelang pilihan raya.




“Kami tidak bertanggungjawab di atas serangan bersenjata baru-baru ini. Kami selalu dituduh apabila ada kejadian berkaitan keganasan. Bekas pejuang tidak lagi menyimpan senjata. Kami serahkan semuanya kepada pihak berkuasa,” kata calon pilihan raya, Zaini Abdullah, juga bekas menteri GAM yang sebelum ini tinggal dalam buangan di Sweden. – Agensi
Berita Harian Online | Aceh gusar pergaduhan politik, senjata haram diedar:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment