Pages

Wednesday, February 1, 2012

Hampir 100 maut di Syria


GAMBAR diperoleh semalam menunjukkan askar-askar Syria yang belot dan
 menyertai Tentera Pembebasan Syria yang dianggotai penduduk awam
 bagi menentang pemerintahan Presiden Syria, Bashar Al-Assad di Idlib, Syria.
DAMSYIK - Pihak penentang di Syria mengisytiharkan "hari perkabungan dan kemarahan" selepas hampir 100 orang kebanyakannya penduduk awam dilaporkan terkorban dalam tindakan ketenteraan pemerintah Syria menjelang resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) lewat semalam.
Mereka yang terkorban itu adalah akibat pertempuran antara penduduk tempatan yang bangkit menentang pemerintah Syria dengan tentera negara ini.
Majlis Kebangsaan Syria (SNC) dalam satu kenyataan di muka surat Facebooknya menyelar masyarakat antarabangsa kerana lambat bertindak bagi melindungi orang awam dengan "apa jua cara".
Ia meminta "hari perkabungan dan kemarahan" diadakan semalam untuk memperingati mangsa pembunuhan beramai-ramai dan menggesa pihak masjid dan gereja menyokong perjuangan rakyat dengan mengadakan solat dan membunyikan loceng.
Rayuan tersebut dibuat ketika Setiausaha PBB, Ban Ki-moon berada di Jordan untuk berbincang tentang pelan damai Asia Barat.
Ki-moon dalam satu kenyataan memberitahu, beliau berharap persidangan Majlis Keselamatan berhubung krisis Syria akan membuahkan hasil supaya badan tersebut dapat memenuhi harapan masyarakat antarabangsa.
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton mengetuai kuasa Barat untuk memberi tekanan kepada Rusia supaya menyokong tindakan Majlis Keselamatan untuk menghentikan operasi tentera Syria terhadap orang awam yang menyebabkan 5,400 orang terbunuh sejak 10 bulan lalu.
Draf resolusi itu meminta Presiden Syria, Bashar Al-Assad menyerahkan kepimpinannya kepada timbalannya. - AgensiKosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment