Pages

Wednesday, February 1, 2012

Bilangan haiwan kurang kerana ular sawa

BEBERAPA penyelidik Universiti Florida memegang seekor ular sawa seberat 73.6 kilogram di Taman Negara Everglades, Florida pada 14 November 2009.

WEST PALM BEACH, Amerika Syarikat (AS) - Hasil satu kajian kelmarin mendapati populasi rakun, oposum, kucing hutan dan mamalia lain hampir pupus di Taman Negara Everglades, Florida dan kawasan sekitarnya kerana dibaham ular sawa bersaiz besar terutamanya ular sawa Burma.
Kajian tersebut yang disiarkan dalam Pembentangan Akademi Sains Kebangsaan kelmarin mendapati terdapat pengurangan drastik hingga 99 peratus dalam bilangan mamalia bersaiz sederhana di Everglades yang banyak dihuni ular sawa.
Menurut laporan berkenaan, kebanyakan ular sawa itu merupakan haiwan peliharaan yang dibuang kerana menjadi terlalu besar.
Saintis-saintis bimbang ular-ular sawa itu akan menjejaskan rantaian makanan di Everglades, negeri Florida sekali gus merosakkan imbangan alam sekitar dalam bentuk yang sukar untuk diramalkan.
"Kesan kemerosotan populasi mamalia ke atas keseluruhan ekosistem Everglades yang melangkaui sempadan taman negara adalah mendalam," kata seorang pengarang bersama kajian berkenaan dari Universiti Virginia Tech, John Willson.
Puluhan ribu ekor ular sawa Burma yang berasal dari Asia Tenggara, dipercayai hidup dan membiak dengan cepat kerana iklim panas lembap di Everglades.
Ular sawa Burma boleh membesar hingga 8 meter panjang dan berat lebih 90 kilogram dengan ia mampu membaham haiwan bersaiz besar termasuk buaya.
Perkhidmatan Taman Negara AS merekodkan sebanyak 1,825 ular sawa itu telah ditangkap di sekitar Taman Negara Everglades sejak tahun 2000.
Antara yang terbesar setakat ini adalah seekor ular sawa Burma sepanjang lima meter dengan berat sekitar 70kg dan sepanjang lima meter yang ditangkap pada awal bulan ini. - AgensiKosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment