Pages

Friday, January 20, 2012

Wanita dihukum mati kerana bunuh anak dan suami di AS

POMONA: Seorang wanita dijatuhi hukuman mati kerana membunuh dengan menekapkan bantal ke muka dua anak lelakinya dan menetak suaminya dengan pedang.

Pendakwa berkata, Manling Tsang Williams, 32, membunuh ahli keluarganya bagi membolehkan tertuduh bersama kekasihnya yang mendesaknya supaya bercerai.
Pihak berkuasa berkata, Williams menekap bantal ke muka anak lelakinya berusia tiga dan tujuh tahun yang sedang tidur, mengimbas gambar kekasihnya menerusi MySpace dan keluar bersama rakan sebelum pulang menetak suaminya sehingga mati.
Suaminya yang berusia 27 tahun dikatakan ditetak sebanyak 90 kali. - AP 

No comments:

Post a Comment