Pages

Friday, January 20, 2012

Sekurang-kurangnya 100 orang cedera dalam gempa bumi di Iran





2012/01/20

TEHRAN: Sekurang-kurangnya 100 orang cedera selepas gempa bumi berukuran 5.5 magnitud yang menggegarkan bandar Neyshabour di timur laut Iran, semalam dan menyebabkan kerosakan beberapa kediaman, lapor media. 

"Seramai 100 orang cedera termasuk 83 yang dirawat sebagai pesakit luar dan selebihnya dimasukkan ke hospital.
"Kita tidak mendapat laporan mengenai sebarang kematian," kata Pengarah Pengurusan Kecemasan wilayah, Khorasan Razavi, Hojat Ali Shayanfar.
Media berkata, sebanyak 12 kesan gegaran dirasai apabila pintu rumah pecah dan menyebabkan keretakan di dinding yang menakutkan penduduk. - AFP 

No comments:

Post a Comment