Pages

Friday, January 13, 2012

UFO banyak dilihat minggu pertama 2012


COLORADO 12 Jan. - Dalam tempoh seminggu pertama tahun baru ini, lebih 200 laporan mengenai kelibat objek terbang yang tidak dikenal pasti (UFO) disaksikan di pelbagai lokasi di seluruh dunia.

Ia sama ada dalam bentuk gelembung-gelembung di udara, pesawat konvensional atau objek astronomi yang tidak dikenal pasti, jumlahnya meningkat setiap hari, tambahan pula proses rakaman menjadi lebih mudah dengan adanya kamera video digital dan telefon bimbit terkini.

Pertubuhan penyiasatan UFO terbesar di dunia, Mutual UFO Network (MUFON) yang berpangkalan di sini menerima banyak laporan tentang objek aneh di angkasa pada minggu pertama tahun baru ini daripada saksi di 36 buah negeri di negara ini.

"Januari tahun lalu, MUFON mencatat sekitar 500 laporan, namun untuk tahun ini kami menerima sehingga 233 laporan untuk tempoh minggu pertama sahaja," kata Pengarah Antarabangsa, Clifford Clift.

Begitu juga dengan catatan pada Disember lalu dengan 810 laporan berbanding 500 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.

"Tahun lalu, terdapat lebih 6,000 objek aneh dilihat dan jika melihat kepada trend ini, angkanya akan meningkat hingga 50 peratus dengan kira-kira 10 peratus daripada laporan berakhir dengan keputusan buntu selepas penyiasatan dijalankan," katanya.

Merujuk kepada sebuah lagi badan penyiasat WeatherWatch.co.nz yang berpangkalan di New Zealand, dalam masa sehari pertama 2012 mereka menerima 80 laporan dan berterusan hingga kini dengan kira-kira 10 laporan setiap jam.

"Ramai yang keluar rumah pada sambutan tahun baru. Di Amerika Syarikat misalnya, cuaca kering dan sederhana di kebanyakan tempat menyebabkan ramai yang mengambil keputusan keluar rumah untuk melihat objek aneh," kata pakar analisis cuaca, Philip Duncan.

Menurut tolatestufosightings.net, sekumpulan cahaya berbentuk silinder berkilau-kilau dirakamkan di Campinas, Brazil pada 3 Jan. Seterusnya pada hari yang sama dua objek terbang berwarna cerah bergerak dalam keadaan perlahan dirakamkan di Sinaloa, Mexico.

Clift berkata, semakin ramai yang ingin tahu tentang UFO dan mereka akan keluar rumah untuk menyaksikan sebarang keganjilan di ruang angkasa, sekali gus menjadikan laporan tentang objek aneh tersebut meningkat. - AGENSIUtusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment