Pages

Friday, January 13, 2012

Teheran mungkin diserang: Russia

MOSCOW: Setiausaha Majlis Keselamatan Russia, Nikolai Patrushev semalam memberi amaran, peningkatan aktiviti ketenteraan kemungkinan meningkat di Iran dengan ancaman serangan Amerika Syarikat semakin pasti.
Menurutnya, Syria yang enggan memutuskan hubungan dengan Teheran juga boleh menjadi sasaran campur tangan Barat.

“Ada kemungkinan peningkatan aktviti ketenteraan di Iran dan Israel mendorong Amerika Syarikat ke arah itu,” kata Patrushev dalam temuramah yang disiarkan akhbar Kommersant.
“Ketika ini, Amerika melihat Iran sebagai masalah utamanya. Mereka cuba menjadikan Teheran daripada musuh kepada rakan dan untuk berbuat demikian, mereka mesti mengubah kerajaan yang ada sekarang dengan apa cara sekalipun,” katanya. - APmyMetro | Teheran mungkin diserang: Russia:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment