Pages

Friday, January 13, 2012

0xOmar ancam godam 200 kad kredit Yahudi sehari

BAITULMAQDIS: Penggodam Arab Saudi yang telah mendedahkan maklumat beribu-ribu kad kredit milik rakyat Israel di Internet, berkata, dia melakukannya lagi kepada lebih 200 kad kredit. Dia juga mengancam untuk membuat pendedahan dengan jumlah sama setiap hari.
Dalam mesej di Pastebin.com, penggodam itu yang menggelar dirinya sebagai 0xOmar, memuat naik dua perhubungan termasuk apa yang dikatakannya sebagai ‘200 kad Yahudi yang masih beroperasi’.

Dia berbuat demikian sehari selepas penggodam Yahudi mendedahkan lebih 200 maklumat kad kredit yang didakwa milik warga Saudi.
Tidak dapat disahkan sama ada mana-mana kad berkenaan masih sah digunakan dan tiada pengesahan atau reaksi daripada syarikat utama kad kredit di Israel. Kes penggodaman itu bermula pada 3 Januari lalu apabila 0xOmar yang mendakwa daripada kumpulan penggodam -xp berasal dari Saudi berkata, dia sudah mendedahkan maklumat 400,000 kad kredit Yahudi di Internet.

Tiga hari kemudian, dia berkata, dia mendedahkan 11,000 lagi kad tetapi menyebabkan risiko ancaman virus kepada sesiapa saja yang cuba memuat naik maklumat berkenaan.

Syarikat kad kredit utama Israel berkata, kira-kira 20,000 kad masih sah digunakan terjejas.
Kelmarin, penggodam Yahudi yang memperkenalkan diri sebagai ‘0xOmer’ membuat serangan balas apabila mendedahkan nama, alamat e-mel, nombor telefon dan nombor 217 kad kredit dengan 160 daripadanya masih sah digunakan. - AFPmyMetro | 0xOmar ancam godam 200 kad kredit Yahudi sehari:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment