TEHERAN: Iran tidak lama lagi akan mula menjalankan aktiviti pengayaan uranium jauh di bawah sebuah gunung.
Langkah itu sudah pasti akan meningkatkan kemarahan Barat yang mengesyaki Teheran berusaha menghasilkan senjata nuklear.
Keputusan Republik Islam itu untuk menjalankan aktiviti atom berkenaan di bawah tanah, yang menawarkan perlindungan lebih baik daripada serangan musuh, akan menyulitkan lagi usaha diplomatik untuk menyelesaikan perbalahan yang sudah sekian lama berlarutan itu secara aman.
Iran sejak beberapa bulan lalu berkata, ia bersedia untuk memindahkan aktiviti pengayaan uranium gred paling tingginya ke Fordow, kemudahan berhampiran dengan bandar suci penganut Syiah, Qom, di tengah Iran.
Ketika ini, aktiviti itu dilakukan di Natanz.
Amerika Syarikat dan sekutunya menuduh Iran berusaha menghasilkan bom atom tetapi Teheran menyangkalnya dan berkata, ia bertujuan untuk menjana elektrik dan perubatan.
“Loji pengayaan uranium di Fordow akan beroperasi sedikit masa lagi,” kata Ketua Pertubuhan Tenaga Atom Iran, Fereydoun Abbasi-Davani.
Seorang pegawai Barat berkata, dengan bermulanya aktiviti di Fordow, Iran secara tidak langsung menghantar mesej politik untuk menunjukkan ia tidak akan tunduk kepada desakan antarabangsa bagi menggantung kerja pengayaan uranium, aktiviti yang mempunyai kegunaan untuk tujuan awam dan juga tentera.
'via Blog this'
ELEH KALAU NEGARA UMAT ISLAM BUAT APA2 TTG NUKLEAR - BISING, KALAU BARAT TU SENYAP JE...! TAHNIAH IRAN!
ReplyDelete