Pages

Monday, January 9, 2012

Amir Khan gembira kejutkan bapa dengan hadiah kereta lama

AMIR Khan gembira menyerahkan Ford Cortina yang memang diimpikan Shah sempena sambutan ulang tahun kelahiran  ke-50 bapanya.
AMIR Khan gembira menyerahkan Ford Cortina yang memang diimpikan Shah sempena sambutan ulang tahun kelahiran ke-50 bapanya.

LONDON: Petinju termuda Britain yang pernah memenangi pingat Olimpik, Amir Khan, menghadiahkan kereta lama untuk bapanya, Shah Khan, yang meraikan hari lahir ke-50, semalam.

Petinju itu menyerahkan kereta Ford Cortina GXL keluaran 40 tahun lalu dan kini berharga �10,000 (RM48,514).


Menurut sumber, Amir menawarkan kereta Rolls-Royce, Bentley atau Mercedes untuk Shah, tetapi lelaki keturunan Pakistan itu lebih berminat dengan model Ford Cortina.

Katanya, Shah pernah memiliki kereta seumpama itu pada 1980-an dan sehingga kini menyesali kerana menjualnya.


“Shah memberitahu Amir, Ford Cortina adalah sehebat Bentley,” katanya.


Justeru, kata sumber itu, Amir, 25, meluangkan masa mencari kereta idaman Shah untuk meraikan hari lahir bapanya.

Petinju itu kemudian menemui kereta model sama keluaran 1971 yang masih elok serta masih mengekalkan komponen asal.


Meter pada kereta itu juga menunjukkan ia digunakan sejauh 84,308 kilometer.

Semalam, Amir mengejutkan Shah serta kira-kira 300 tetamu di parti di rumah bapanya di Bolton. Sumber berkata, parti hari lahir itu memang dibuat untuk mengejutkan Shah.


“Hari lahir Shah sepatutnya akhir November, tetapi ramai orang sibuk ketika itu.


“Justeru, Amir menunggu sehingga semua ahli keluarganya ada masa lapang dan dia merancangnya tanpa pengetahuan Shah,” katanya. - TSmyMetro | Amir Khan gembira kejutkan bapa dengan hadiah kereta lama:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment