Pages

Tuesday, January 17, 2012

Mubarak mula bela diri

KAHERAH: Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak, dibawa masuk ke mahkamah dengan kerusi roda bagi memulakan kes pembelaan dengan peguam beliau menyatakan mereka memerlukan lima sesi untuk berbuat demikian.

Pihak pendakwa raya meminta Mubarak dihukum gantung berikutan kematian penunjuk perasaan di tangan pasukan keselamatannya semasa penentangan selama 18 hari yang memaksa beliau melepaskan kuasa Februari tahun lalu.
Ketua pendakwa raya, Mustafa Suleiman, berkata pada sesi lalu bahawa pemimpin berusia 83 tahun itu pastinya mengarahkan polis melepaskan tembakan ke atas penunjuk perasaan semasa keganasan yang menyebabkan 850 orang terbunuh. - AFP
Berita Harian Online | Mubarak mula bela diri:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment