Pages

Tuesday, January 17, 2012

Lima polis Iraq terbunuh dalam serangan di gurun

RAMADI: Sekurang-kurangnya lima anggota polis Iraq terbunuh selepas diserang sekumpulan lelaki bersenjata di pos pemeriksaan di padang pasir di barat negara itu, berdekatan sempadan Syria dan Jordan, kata pegawai keselamatan dan perubatan.

Menurut pegawai polis Ramadi, serangan itu berlaku sejurus tengah malam di kawasan kira-kira 500 kilometer ke barat Baghdad, iaitu di wilayah Anbar yang majoritinya penduduk sunnah.
“Lima anggota polis termasuk seorang leftenan terbunuh,” katanya.
Seorang penyerang turut terbunuh dalam pertempuran berkenaan manakala beberapa pemberontak lain meletupkan bom pada kabilah berhampiran untuk mengalih tumpuan sebagai taktik untuk melarikan diri. - AFP
Berita Harian Online | Lima polis Iraq terbunuh dalam serangan di gurun:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment