Pages

Friday, January 6, 2012

Cukup bukti' Hosni Mubarak arah tembak



Hosni Mubarak semasa diusung ke mahkamah di Kaherah, semalam. - AFP


KAHERAH 5 Jan. - Pendakwa raya Mesir hari ini berkata, bukti kukuh menyokong tuduhan membunuh penunjuk perasaan yang dihadapi oleh bekas Presiden Hosni Mubarak dan beberapa bekas pegawai kerajaannya.

Terdapat bukti kukuh yang menyokong segala tuduhan terhadap Mubarak, bekas Menteri Dalam Negeri, Habib el-Adli dan enam pegawai kanan Adli berhubung pembunuhan penunjuk perasaan semasa kekacauan pada Januari 2011, dari segi penyertaan, arahan dan bantuan, kata Pendakwa Raya, Mustafa Suleiman.

Hasil siasatan menunjukkan jenayah itu tidak mungkin dilakukan tanpa arahan langsung daripada defendan, katanya.

Suleiman berkata, pihak pendakwaan memiliki bukti kukuh termasuk keterangan saksi dan laporan forensik untuk mengesahkan penunjuk perasaan dijadikan sasaran.

Laporan teknikal menunjukkan penunjuk perasaan berdemonstrasi 'secara aman' tetapi pasukan polis menggunakan peluru hidup dan peluru getah di samping kenderaan yang merempuh penunjuk perasaan, katanya.

Ketibaan Mubarak di mahkamah tertangguh selama tiga jam kerana cuaca berkabus.

Seperti biasa, beliau diterbangkan dengan helikopter dari Pusat Perubatan Antarabangsa di pinggir ibu negara ke tempat perbicaraan di Akademi Polis Kaherah.

Kata Suleiman, pihak pendakwaan ingin menegakkan keadilan tetapi Kementerian Dalam Negeri serta agensi-agensi keselamatan negara enggan memberi kerjasama.

Seorang lagi pendakwa, Mustafa Khatar berkata, mereka mendengar keterangan lebih 2,000 saksi termasuk anggota polis dan doktor yang melihat mayat dan penunjuk perasaan yang cedera. - AGENSI

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment