Pages

Friday, January 6, 2012

25 maut tanah runtuh di lombong emas Mindanao



BEBERAPA lelaki menuruni kawasan tanah runtuh di lombong emas di Napan, pekan Pantukan di Mindanao, semalam. - AFP


MANILA 5 Jan. - Sekurang-kurangnya 25 maut, sementara lebih 100 yang lain hilang dalam satu kejadian tanah runtuh di sebuah lombong emas di selatan negara ini, hari ini.

Ketua Pertahanan Awam Benito Ramos berkata, kejadian di kampung Napnapan, bandar Pantukan itu berlaku pada pukul 3 pagi waktu tempatan (5 pagi waktu Malaysia) ketika penduduk sedang nyenyak tidur.

"Satu unit tentera dengan 120 anggota kini berada di lokasi kejadian bagi operasi mencari dan menyelamat mangsa. Mereka hanya menggali runtuhan tanah menggunakan tangan," ujarnya.

Katanya, pihak berkuasa tempatan dan syarikat perlombongan juga telah diminta membawa masuk jentera berat ke kampung tersebut bagi membantu usaha menyelamat.

Setiausaha Alam Sekitar dan Sumber Asli Ramon Paje menjelaskan, beliau pernah memberi amaran kepada penduduk dan pegawai tempatan berhubung perkara itu tahun lalu, selepas pakar geologi mendapati terdapat rekahan pada puncak bukit yang boleh mengakibatkan tanah runtuh pada bila-bila masa. - AFP

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment