Pages
Sunday, December 18, 2011
Kisah Sedih & Pengajaran
Kehadapan ustaz yg saya hormati…saya tidak tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini… tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa…saya selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….
Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup menyedihkan…harap ustaz tidak bosan mendengarnya….Saya merupakan seorang suami..kepada seorang isteri yg amat baik dan setia….namun ustaz ..saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya….kerana pada waktu itu …mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata.
Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai….dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya….seorang yang tidak pandai bergaya …tetapi kuat pegangan agamanya…. bertudung labuh…bersopan santun.. baik budi bahasanya…. Untuk pengetahuan ustaz perkahwinan kami ini.. segala-galanya….diaturkan oleh keluarga dalam keadaan saya masih belum bersedia…
Ustaz terus terang saya katakan yang saya sudahpun mempunyai teman wanita yg jauh lebih cantik daripada isteri saya dan kami amat menyintai antara satu sama lain….cumanya saya akui teman wanita saya ini agak sosial sedikit dan tidak menutup aurat……Ustaz selepas berkahwin dengan isteri saya itu…jiwa saya menjadi kacau dan keliru…..saya amat marah kepada isteri saya…kerana pada anggapan saya kerana dialah saya tidak dapat bersama kekasih saya yg amat saya cintai itu.
Ustaz sepanjang kehidupan kami…saya selalu sahaja mencari jalan untuk menyakitkan hatinya…dengan harapan kami akan bercerai setelah dia tak tahan dengan kerenah saya….namun rupanya ustaz…isteri saya ini adalah wanita yang penyabar….pernah saya tidak balik ke rumah..dengan tujuan isteri saya akan membenci saya…tetapi selama mana lambat sekalipun saya balik ..dia akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam rumah…dia menyambutnya dengan mesra dan bertanya: “Abang dah makan…?Nak saya panaskan lauk dan hidangkan makanan?”
Ustaz…pernah suatu hari saya menampar mukanya….apabila dia bertanya pada saya…”Abang dah solat?...abang tak pernah solat ke?.....Paannggg..!!satu tamparan kuat saya berikan di pipinya….perasaan geram..marah dan rasa terhina….bercampur ego yg menggila…Bengkak pipinya…dia menangis terisak-isak……saya ingatkan mungkin dia akan membenci saya..tetapi rupa-rupanya…..dia bersabar dan melayan saya sebagai suaminya.
Ustaz pernah suatu hari…dia ingin bermanja dengan saya…..membawa sepinggan nasi goreng yang digoreng…untuk saya …pada masa itu saya sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam handphone……ketika dia ingin menyuapkan nasi kemulut saya….saya tolak pinggan …sehingga jatuh berkecai bersama nasi goreng yang digoreng khas untuk saya…..dengan linangan air mata….dia mengutip setiap butiran nasi goreng yang berhamburan ke lantai…
Ustaz saya bertambah lupa daratan…saya habiskan masa berhibur dan berlibur dengan kawan-kawan di luar..dengan harapan isteri saya akan lebih sakit hati dan meninggalkan saya rupanya dia tetap tabah dan bersabar…..pernah juga saya menendang badannya kerana dia menasihati saya supaya tidak mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah.
Ustaz….pernah suatu ketika apabila keluarganya datang bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama saya…tapi sebenarnya hanya saya yang tahu dia berbohong.
Ustaz suatu hari saya telah diberikan balasan oleh Allah…dan saya kira itu adalah balasan…apabila saya terlibat dengan kemalangan….tulang paha saya patah dan dan sememangnya saya tidak berdaya utk bangun….hampir lima bulan saya terbaring tidak berdaya….ketika itulah isteri saya menjaga saya dengan setia sekali…..berak kencing saya… dia tadahkan… dia basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan genyi mahupun geli ….dialah yang memandikan saya…menggosok badan saya dan memakaikan pakaian utk saya….bila saya mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di tengah malam…berdenyut-denyut sakitnya…dialah yang bangun …..dalam keadaan mengantuk dan terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur..dia datang kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan sakit…sehingga saya rasa lega dan tertidur….tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke pagi…….risau saya mengerang kesakitan lagi.
Ustaz isteri sayalah yang menyuapkan saya makan…dia sendiri tidak akan makan…melainkan setelah saya kenyang….dia akan membuatkan makanan dan minuman mengikut kehendak dan selera saya
Bila saya kenangkan kembali….sewaktu saya terlantar sakit tiada siapa pun dari teman-teman yang setia berjoli dengan saya dahulu… datang menghulurkan bantuan apatah lagi melawat…kekasih saya..lagi lah..apabila dapat tahu saya kemalangan dan tidak boleh bangun…dia tidak mahu lagi..menghubungi saya malah meminta hubungan kami diputuskan..kononnya saya suami orang..huh..sekarang baru dia kata saya suami orang..dulu….dialah yang menghasut dan memberikan harapan pada saya untuk membenci isteri saya... ketika itu barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya lakukan...Ustaz…..saya …kasar..kejam dan zalim kepada isteri yg menyayangi saya….besarnya dosa saya…..amat menyesal rasanya.
Ustaz….ketika saya boleh berjalan ..sedikit demi sedikit…dan saya beransur pulih….isteri saya jatuh sakit…..badannya menjadi kurus kering….tiada selera makan…terbaring..tak bermaya…..kata doktor yang merawatnya….isteri saya jadi begitu kerana terlalu letih dan susah hati….hati saya menjadi sebak..kerana saya tahu sayalah puncanya….
Ustaz kesihatan isteri saya makin teruk…..mukanya makin pucat….tetapi dia tetap senyum….saya menangis sepuas-puasnya memohon ampun dan maaf di atas kejahatan yg pernah saya lakukan terhadapnya….dia hanya tenang dan menjawab dia telah lama maafkan saya….”Abang saya dah lama maafkan abang…saya sayangkan abang”……berderai airmata saya hancur hati saya….pilu bercampur sebak yang amat sangat…diikuti dengan perasaan menyesal.
Ustaz selepas itu isteri saya di masukkan ke dalam wad kecemasan…..saya menjaganya setiap hari….saya belai rambutnya saya kucup dahinya…sambil airmata ini tidak berhenti—henti mengalir…”Jangan menangis bang….bukan salah abang…..mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati abang…”Berdentum….seolah-olah hati saya disambar halilintar…saya menangis lagi….sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa menenangkan saya…..malah ada yang memuji saya ….kerana beranggapan saya suami yang amat menyayangi isteri…..ternyata pujian itu bagaikan sumpahan utk saya.
Ustaz…..isteri saya ada berkata…dia meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya..kerana masanya utk menghadap ilahi semakin hampir….saya meraung….merayu kepadanya agar tidak meninggalkan saya…tapi katanya…setiap yang hidup pasti akan mati…dan dia meminta saya menjaga diri baik-baik….kerana dia tidak boleh lagi menjaga saya….ustaz..saya menangis …sehingga saya menjadi lemah….apabila dia mengucapkan kata kata terakhir itu.
Ustaz…tepat jam 3.00 ptg…setelah dua minggu berada di hospital…isteri saya telah pergi meninggalkan saya selama-lamanya….dengan bebanan dosa dan jutaan kesalan yang menerjah hati ini…saya meraung semahu-mahunya….menyesal di atas kekasaran yg pernah saya lakukan.
Ustaz jiwa saya tak tenteram…apakah Allah akan mengampunkan dosa saya ini…..apakah kekasaran dan kejahatan serta layanan buruk saya kepada isteri ….akan diampunkan Allah….tolonglah ustaz saya amat menderita…..jiwa saya terseksa…..mungkin ini hukuman yang patut saya terima.
Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir isteri saya..”abang…jagalah diri baik-baik….jangan lupa tunaikan solat….berbuat baik… takutlah kepada Allah….dan jika bertemu dengan insan bernama isteri….jangan berkasar dengannya sayangilah dirinya.”
Ustaz sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir…dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati….lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak sempat dia nikmati….kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu…dia harapakan dari saya….Di dalam nota itu dia menulis “Abang..dengarlah lagu ini dan ingatlah saya selalu…Dahulu...saya senantiasa menanti abang pulang ke rumah…Saya teringin sangat nak makan bersama abang…..mendengar cerita abang….menyambut abang pulang dari kerja….bergurau dan bermanja dengan abang…..memeluk abang ketika tidur…..tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi saya…jaga diri…..sayang abang….selamanya.
Ustaz ….saya harap ustaz tak marah saya meluahkan perasaan begini panjang pada ustaz….kerana inilah pesan isteri saya sekiranya saya merasa terlalu sedih…ceritakanlah pada ustaz dia tahulah apa nak buat utk tenangkan abang……Ustaz….saya harap cerita saya ini dijadikan teladan bagi mereeka yg bergelar suami….sayangilah isteri anda….selama mana anda berpeluang utk berbuat begitu…janganlah terjerumus dengan kesilapan yg saya lakukan…pasti anda akan menyesal tak sudah…..
Terima kasih ustaz….doakan saya…….
Sedih dan sebak bila baca luahan perasaan hamba Allah ini….memang saya banyak beri ceramah motivasi dan mendengar banyak masalah masyarakat yg dihantar pada saya dan inilah yang paling sedih.yg pernah saya baca… tambahan pula lagu yg telah ditujukan isterinya itu bila dengar bertambah sebak…..dengarkanlah senikatanya……
sekali...kabu bawak mood sedih daaa....
http://www.youtube.com/watch?v=OeDiK2uy … embedded#!The Frontliners / Setiap Suami Mesti Baca!!!:'via Blog this'
Cara Memagar Rumah
Adakah Rumah anda mempunyai salah satu tanda-tanda di bawah??
1-kadang-kadang terdengar bunyi guli jatuh di dalam rumah
2-terdengar sesuatu benda jatuh dari bumbung.dan kebiasaannya perkara ini berlaku pada waktu malam
3-bila masuk ke dalam rumah tidak rasa tenang dan apabila berada di luar rumah sebaliknya berlaku
4- keadaan rumah suram dan menyeramkan
5-terhidu bau bangkai atau sesuatu yang busuk dan tidak menjumpai puncanya
Tips Memagar Rumah
A.Bacaan
1. Baca Surah Yasin
2. Al-Fatihah,Ayat Kursi, Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq, Surah An-nas Sebanyak 7x
3. Surah Yasin ayat 9 = 21x
4. Surah al-a’raf ayat 17 = 21x
B. Bahan
1. Garam
2. Daun Pandan 14 Helai @ Limau Purut 14 Biji
3. Minyak Kasturi (Putih @ Hitam)
C. Kaedah
Pastikan rumah tersebut bebas daripada sebarang azimat, tangkal dan unsur-unsur yang mensyirikkan Allah
Sediakan 1 baldi air (mengikut keluasan dalaman rumah)
Campurkan garam,daun pandan 14 helai @ limau purut 14 biji dan minyak kasturi tadi
Masukkan air yang di campur tadi ke dalam botol semburan.
Buka pintu , tingkap dan almari
Pasang cd ruqyahsehingga selesai kemudian azan sekali di tengah rumah
Sembur di setiap ruang rumah ketika menyembur baca ayat kursi berulang-ulang sehingga selesai
Madu Lebah Untuk Mendapatkan Anak
Ramuannya:
1. 3 Ulas Bawang Besar
2. 1 biji telur ayam kampung
3. Madu Lebah secukupnya
Kesemua bahan tersebut hendaklah dimakan pada setiap pagi sebagai sarapan, sebelum itu hendaklah meminum air suam yang telah disimpan semalaman, sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasullullah s.a.w. Bacalah selawat sebelum meminum air tersebut.
Enam lelaki diberkas selepas menyamun
Tarikh : December 18, 2011
KUALA TERENGGANU - Lima warga Indonesia dan seorang rakyat tempatan tidak sempat menikmati hasil samun mereka apabila diberkas kira-kira tiga jam selepas menyamun sebuah sebuah rumah peneroka di Felda Cerul Dua, Kemaman, semalam.
Lelaki tempatan itu yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dan lima lagi suspek, berusia antara 30 dan 48 tahun ditahan empat anggota Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Skim Rondaan Sukarela (SRS) Felda Cerul Dua yang mengekori kereta berkenaan sehingga ke sempadan Pahang pada pukul 6.40 pagi.
"Mereka kemudian dibawa ke Balai Polis Chukai dan diserah kepada polis untuk tindakan lanjut," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K Manoharan.
Beliau berkata siasatan polis mendapati lelaki terbabit memecah masuk ke rumah peneroka berkenaan dengan mengumpil tingkap rumah itu.
"Empat daripada rakyat Indonesia yang bersenjatakan parang dan batang besi bertindak mengikat pasangan suami isteri itu menggunakan wayar dan meletakkan parang di leher salah seorang anak mangsa yang berusia sembilan tahun dan mengarahkan menyerahkan wang serta barangan kemas.
"Penjenayah terbabit turut mengugut untuk mencederakan nenek mangsa yang berumur 105 tahun," katanya.
Manoharan berkata keempat-empat mereka bersama dua lagi yang menunggu di dalam kereta melarikan diri dengan sebuah kereta Proton Iswara Aeroback dan mereka diekori oleh anggota SRS yang berkawal di pintu masuk ke kawasan Felda itu.
Polis menemui semula barangan kemas, komputer riba dan telefon bimbit membabitkan nilai RM9,000 yang dipercayai disamun dari rumah peneroka berkenaan, serta merampas parang dan batang besi yang disyaki digunakan dalam kejadian samun itu.
Spesisi flora dan fauna baru
Tarikh : December 18, 2011
DANA Hidupan Liar Sedunia (WWF) melaporkan kira-kira 208 spesies flora dan fauna baru telah ditemui oleh para saintis di wilayah Greater Mekong (kawasan lingkungan di Kemboja, Laos, Myanmar, Thailand, Vietnam dan wilayah barat daya Yunnan di China) pada Januari, tahun lalu. WWF menyatakan kawasan itu dipenuhi dengan kepelbagaian hidupan yang menyaksikan penemuan spesies baru tetapi kerjasama serantau diperlukan untuk memeliharanya bagi memastikan ia tidak pupus. Berikut adalah antara gambar spesies baru yang dikeluarkan oleh badan antarabangsa tersebut awal minggu lalu;
Ribut Washi ragut lebih 200 nyawa
Tarikh : December 18, 2011
MANILA - Lebih 200 mangsa dilaporkan maut dalam kejadian banjir kilat yang berlaku, selepas ribut tropika Washi membadai selatan Filipina, menurut pegawai kerajaan, semalam.
Datuk Bandar Iligan, Lawrence Cruz berkata, 79 mayat ditemui selepas hampir 12 jam hujan lebat secara berterusan sehingga menyebabkan air sungai melimpah dalam tempoh singkat, sekali gus mencetuskan banjir lumpur yang terhasil daripada kawasan gunung berhampiran.
“Sekurang-kurangnya 150 orang dilaporkan hilang sejak kelmarin selepas taufan melanda di kawasan Mindanao itu. Angka korban juga dijangka akan terus meningkat,” menurutnya.
Rakaman dari televisyen tempatan turut memaparkan banjir lumpur telah memenuhi ke seluruh jalan di selatan negara tersebut.
Peramal kaji cuaca, Raymond Ordinario berkata, ribut tropika Washi membawa angin kencang pada kelajuan 90 kilometer sejam itu adalah taufan ke-19 yang melanda Filipina pada tahun ini.
September lalu, taufan secara berterusan di utara negara tersebut telah meragut 100 nyawa.
Ribut Washi ragut lebih 200 nyawa
Tarikh : December 18, 2011
MANILA - Lebih 200 mangsa dilaporkan maut dalam kejadian banjir kilat yang berlaku, selepas ribut tropika Washi membadai selatan Filipina, menurut pegawai kerajaan, semalam.
Datuk Bandar Iligan, Lawrence Cruz berkata, 79 mayat ditemui selepas hampir 12 jam hujan lebat secara berterusan sehingga menyebabkan air sungai melimpah dalam tempoh singkat, sekali gus mencetuskan banjir lumpur yang terhasil daripada kawasan gunung berhampiran.
“Sekurang-kurangnya 150 orang dilaporkan hilang sejak kelmarin selepas taufan melanda di kawasan Mindanao itu. Angka korban juga dijangka akan terus meningkat,” menurutnya.
Rakaman dari televisyen tempatan turut memaparkan banjir lumpur telah memenuhi ke seluruh jalan di selatan negara tersebut.
Peramal kaji cuaca, Raymond Ordinario berkata, ribut tropika Washi membawa angin kencang pada kelajuan 90 kilometer sejam itu adalah taufan ke-19 yang melanda Filipina pada tahun ini.
September lalu, taufan secara berterusan di utara negara tersebut telah meragut 100 nyawa.
Langsuir bertenggek dirakam
Tarikh : December 17, 2011
HI-TECH - Misteri lembaga putih dipercayai langsuir yang dilaporkan sering bertenggek di atas paip air di jalan masuk ke Taman Kulim Perdana terjawab apabila imej objek putih yang sedang terbang berjaya dirakamkan Sinar Harian kira-kira jam 2.45 pagi semalam.
Sebelum ini, Sinar Harian dimaklumkan orang ramai mengenai kewujudan makhluk itu dan ia sering ditemui berterbangan sekitar kawasan ladang kelapa sawit berdekatan sebelum bertenggek di atas paip air.
Ketika imej berkenaan dirakam, keadaan di sekitar kawasan itu gelap dan hujan renyai.
Sebelum penggambaran dibuat, perkhidmatan pengamal perubatan tradisional terdiri dalam kalangan masyarakat Melayu dan Cina turut digunakan untuk memastikan lembaga yang selama ini menghantui tempat itu dirakamkan.
Selain kemenyan dan setanggi, beberapa peralatan lain turut digunakan. Malah, pengamal perubatan Cina yang hanya mahu dikenal sebagai Tan turut menjalankan upacara pemujaan di lokasi terbabit dan ini adalah hari ketiga cubaan untuk merakamkan imej lembaga itu.
Sebelum imej berjaya dirakamkan, terdapat beberapa gangguan berlaku seperti salakan anjing yang kuat dan sayup serta bau bunga kemboja yang sering ditemui di tanah perkuburan.
Perasaan seram sejuk semakin kuat dan menyebabkan dua daripada empat orang yang berada di lokasi mengambil keputusan untuk beredar dari kawasan itu.
Daripada pengamatan dibuat pada imej lembaga berkenaan, ia tidak bermata dan badannya putih seakan-akan dibalut dengan sesuatu.
Ketika rakaman dibuat, lembaga itu terbang dengan keadaan mukanya menghadap ke hadapan di belakang wartawan Sinar Harian yang sedang duduk di tepi pembahagi jalan.
Seorang pengamal perubatan tradisional Melayu yang dikenal dengan nama Rosli berkata, terdapat lima lembaga sekitar kawasan itu dan imej yang berjaya dirakamkan adalah yang ketiga.
Menurutnya, sebelum ini, pokok besar dan hutan tebal di sekitar kawasan itu menjadi tempat tinggal mereka, tetapi setelah ia diteroka bagi tujuan pembangunan, makhluk ini terus mendiami tapak lamanya.
“Makhluk halus, jin, iblis dan syaitan memang wujud dan kita harus mempercayainya. Mereka muncul setelah diseru dan dipuja.
“Kita boleh berkomunikasi dengan mereka jika kita mempelajari ilmu tertentu. Selain itu, makhluk ini turut mengenali dan akan membenci individu yang tahu asal-usul mereka,” katanya.
'via Blog this'
Misi latihan 7 tahun NATO di Iraq tamat
Isnin lalu, NATO mengumumkan akan menutup misi latihan dan seterusnya menghantar pulang tentera mereka menjelang 31 Disember ini.
Keputusan penarikan keluar tentera NATO berpunca daripada kegagalan mencapai persetujuan dengan pemimpin Iraq bagi melanjutkan operasi di negara itu.Antara yang gagal dipersetujui kedua-dua pihak termasuk permintaan NATO memberikan immuniti sah kepada pelatih dari luar negara.
Bagi misi di Iraq, NATO menghantar 130 penasihat dari 13 negara anggota dan Ukraine. - AP
:
Switzerland tarik balik pembekuan aset dua bank Libya
Pengumuman itu dibuat selepas Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menarik balik sekatan yang dikenakan ke atas bank Libya ketika zaman pemerintahan Muammar Gaddafi
"Switzerland akan menarik semula sekatan ke atas dua bank negara itu secepat mungkin," kata Sekretariat Negara bagi Hubungan Ekonomi (SECO), Antje Baertschi di sini, hari ini. - AFP
3 askar Pakistan maut bom tepi jalan
Menurut seorang pegawai keselamatan, letupan itu berlaku di kampung Katasarai di wilayah Kurram yang bersempadan dengan Afghanistan di mana tentera Pakistan dan askar separa tentera Pakistan pernah melancarkan beberapa serangan terhadap kumpulan militan Taliban.
“Tiga anggota keselamatan termasuk seorang leftenan maut dalam letupan,” katanya.
Pegawai perisikan tempatan mengesyaki penglibatan militan Taliban dalam serangan itu. - AFP
Kazakhstan isytihar darurat, perintah berkurung
Nazarbayev mengeluarkan satu dekri yang menyenaraikan beberapa syarat antaranya melarang sebarang pelancaran mogok dan tunjuk perasaan, menyekat kebebasan bergerak sekitar Zhanaozen serta mengehad jalan keluar masuk ke bandar itu.
Darurat itu berkuatkuasa mulai semalam hingga 5 Januari 2012, jelas dekri itu. - AFP
Angelina Jolie cetus kemarahan
Filem yang ditulis dan diarahkan oleh aktres, Angelina Jolie, In The Country of Blood and Honey telah diselar oleh segelintir kumpulan pembantah kerana didakwa mengandungi elemen perkauman.
Kumpulan tersebut menuntut agar penayangan filem berkisar tentang seorang askar Serbia yang bertemu dengan bekas kekasihnya iaitu wanita Islam di Bosnia yang dijadikan hamba seks dalam kem tahanan, diharamkan.
Menurut laporan, penghasilan filem berkenaan telah menimbulkan kemarahan kepada puak Serb dari Bosnia Herzegovina apabila babak filem itu memaparkan bangsa tersebut telah memperkosa wanita Muslim yang ditahan pada era Perang Balkan 1990-an.
Wakil kepada Serb Association of War Victims, Branislav Dukic berkata pihaknya akan berusaha sedaya upaya bagi memastikan filem itu diharamkan.
-sh
Telahpun nyata kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَتَّخِذُواْ بِطَانَةً مِّن دُونِكُمْ لاَ يَأْلُونَكُمْ خَبَالاً وَدُّواْ مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاء مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الآيَاتِ إِن كُنتُمْ تَعْقِلُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.
Surah A-li 'Imraan, Ayat 118
jubah untuk ibu
Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu. "Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!" Jerkah ibu. Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar. Si ibu semakin bengang. " Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakitkan, sekarang nah, rasakan!" Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah Along menjerit kesakitan.
"Sakit bu...sakit....maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi....Bu, jangan pukul bu...sakit bu..." Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi. "Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?" Balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu. "Bu...ampunkan Along bu...bukan Along yang mulakan...bukan Along....bu, sakit bu..!!", rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih. Along memaut kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya. Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari. Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya.
Malam itu, Along berjaga sepanjang malam. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya. Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah. Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang. Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini. Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya. Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi. Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya. Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini Along merebahkan badannya. Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap. Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di wajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu. Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat keputusan yang corot dalam SPM. Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap juga.
Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu.. Itupun acuh tidak acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ. Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu. Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu. Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka..
" Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?" Tanya Atih kehairanan. Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu. Sementara Along disebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang telinganya. "Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?" " Eh jangan, nanti dulu. Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye!", si ibu bersuara lembut. Along menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan. 'anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya..' bisik hati kecil Along. "Kak Ngah dengan Alang nak balik ke ibu?", soalnya lagi masih belum berganjak dari dapur. Si ibu mengangguk sambil tersenyum. Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan. "Oooo patutlah ibu masak lauk banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik, ibu tak masak macam ni pun?". Along terkejut mendengar soalan Atih Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya. "Along kan hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali ja!", terang si ibu. "Tapi, ibu tak penah masak lauk macam ni dekat Along pun..", soal Atih lagi. Dahinya sedikit berkerut dek kehairanan. Along mula terasa sebak. Dia mengakui kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya. "Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas." , arah ibu. Dia tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan. Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along. Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya. Apa yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya.
Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah Matanya terpaku pada sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung bermanik. 'Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni....' Dia bermonolog sendiri. Along melangkah masuk ke dalam kedai itu. Sedang dia membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia segera menoleh. Rupa-rupanya itu Fariz, sahabatnya. "La...kau ke, apa kau buat kat sini?", tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan Fariz. "Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa kat sini?", soalnya pula. "Aku tak de buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok baju ni. Aku ingat nak kasi mak aku!", jelas Along jujur. "waa...bagus la kau ni Azam. Kalau kau nak beli aku bagi less 50%. Macammana?" Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu. "Betul ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!", Along meminta kepastian. "Untuk kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!", balas Fariz meyakinkannya. "Tapi aku kena beli minggu depan la. Aku tak cukup duit sekarang ni." Cerita Along agak keseganan. Fariz hanya menepuk mahunya sambil tersenyum. "Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit." Kata Fariz . Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi. "Dekat kau ada berapa ringgit sekarang ni?", soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu. Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu. "Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak pe lah, aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!", pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk senyum.
Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh. Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah. Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi. Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja. Tanpa berlengah dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah ayahnya. "Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?", soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya daripada menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan. "Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pulak, bila lapar nak balik rumah!", leter ibu lagi. Along hanya diam. Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka selamber seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati. "Along ni teruk tau. Suka buat ibu susah hati. Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua tu." Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM. Along mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil jalan untuk membisu sahaja. "Along! Kalau tak suka belajar, berhenti je la. Buat je kerja lain yang berfaedah daripada menghabiskan duit ibu", sampuk Alang, adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh. Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar. Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu. Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya.
Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru. Hatinya pula jadi tidak keruan memikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab, pasti ibu akan semakin membencinya. Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu bermula esok. Seperti yang dinekadkan, pagi itu selesai solat subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa beg sekolah berisi pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu. Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari justeru dia terpaksa berbohong agar ibu tidak bimbang dengan tindakannya itu. Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar untuk mencari pekerjaan. Nasib menyebelahinya, tengah hari itu, dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal dengan upah lima belas ringgit sehari, dia sudah rasa bersyukur dan gembira. Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membeli jubah untuk ibu. Hari ini hari ke empat Along keluar daripada rumah. Si ibu sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga berasa agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh setiap kali terpandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain.
Seperti selalu, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya. Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma. "Azam, kalau aku tanya kau jangan marah k!", soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu. "Macam serius jer bunyinya Abang Joe?" Along kehairanan. "Sebenarnya, kau lari dari rumah kan ?" Along tersedak mendengar soalan itu. Nasi yang disuap ke dalam mulut tersembur keluar Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan. Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air. "Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?" Tanya Abang Joe lagi cuba menduga. Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak. Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih. "Azam, kau ada cita-cita tak...ataupun impian ker...?" Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi. " Ada " jawab Along pendek "Kau nak jadi apa besar nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku....atau...." Along menggeleng-gelengkan kepala. "semua tak...Cuma satu je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya." Jawab Along disusuli ketawanya. Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab soalannya itu. " Ala , gurau ja la Abang Joe. Sebenarnya....saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan...saya....saya nak jadi anak yang soleh!". Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas didengari telinga Abang Joe. Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya. Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah.
Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing. Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir. Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi. "Abang Joe, hari ni, saya nak balik rumah ..terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari ni", ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel. Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk. Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga. Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak "Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu, saya hadiahkan untuk Abang Joe." Kata Along lagi "Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?", soal Abang Joe. Dia risau kalau-kalau Along menyalah anggap tentang soalannya tadi. Along hanya senyum memandangnya. "Tak apa, saya bagi kat Abang Joe. Abang Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju." Balasnya dengan tenang. Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan pergi jauh.
Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana , tanpa berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut. " Hey Azam, mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari rumah ke?", soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu Along hanya tersengeh menampakkan giginya. "Zam, mak kau marah kau lagi ke? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk si Malik tu?" "Tak pe lah, perkara dah berlalu....lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni", terang Along dengan tenang. "Kau jadi mangsa. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah", kata Fariz lagi. "Tak apa lah Riz, aku tak nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah." "Zam..kau ni....." "Aku ok, lagipun aku sayang dekat ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat kisah lama tu." Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu. "Aku nak beli jubah ni Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, k!", pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu. "No problem...tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?" , soal Fariz ingin tahu. "Aku kerja kat bengkel Abang Joe.. Jadi pembantu dia", terang Along. "Abang Joe mana ni?" "Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!", jelas Along dengan panjang lebar. Fariz mengangguk . "Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?" "Hari ni la..." balas Along. "Ooo hari lahir ibu kau hari ni ek?" "Bukan, minggu depan..." "Habis?. Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?", soal Fariz lagi. "Aku rasa hari ni je yang yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi." Jawabnya sambil mengukir senyum.
Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu. Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu. Motosikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II. Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang cuba mengelak daripada melanggar seekor kucing hilang kawalan dan terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak. Akibat perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar yang dipakai mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya, Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu dan dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu. Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu. Darah semakin membuak-buak keluar dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat. Dalam keparahan itu, Along melihat kelibat orang-orang yang sangat dikenalinya sedang berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul seorang wanita. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya. Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat itu. Along gembira. Itu kucupan daripada ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih digenggamannya itu. "Ha..hadiah....untuk.....ibu........." ucapnya sambil berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintainya. Si ibu begitu sebak dan sedih. Si anak dipeluknya sambil dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi. Pandangan Along semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya.
Selesai upacara pengebumian, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah, Alang dan Atih. Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca. 'Buat ibu yang sangat dikasihi, ampunkanlah salah silap along selama ini. Andai along melukakan hati ibu, along pinta sejuta kemaafan. Terimalah maaf along bu..Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu, Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu... dan terimalah hadiah ini.....UNTUKMU IBU!' Kad itu dilipat dan dicium. Air mata yang bermanik mula berjurai membasahi pipi. Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan. Sedang melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus mendekati wanita tua itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya selama ini. "Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami Dia sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan .. dia jugak cakap, ibunya seorang perempuan gila.." cerita Fariz dengan nada sebak. Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik. "Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz?" Soalnya dengan sedu sedan. "Sebab.....dia tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa dulu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang...walaupun dia disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula...." Terang Fariz lagi. Dia berasa puas kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu.
Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Terasa seluruh anggota badannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap derhaka.
Tangguh program nuklear
SEOUL: Korea Utara bersetuju untuk menggantung program pengayaan senjata nuklear-uranium dijalankannya, manakala Amerika Syarikat menuntut supaya rundingan pelucutan senjata diadakan semula, lapor berita, semalam.
Agensi berita Yonhap dan Chosun Ilbo memetik kenyataan sumber diplomatik sebagai berkata, Washington bersetuju untuk membekalkan Korea Utara dengan 240,000 tan bantuan makanan. Pyongyang bersetuju ‘untuk melaksanakan langkah awal proses menghentikan rancangan nuklear termasuk menggantung program pengayaan uranium dijalankan,” kata kenyataan dikeluarkan Yonhap.
Menurut sumber itu, Korea Utara bersetuju meletakkan sistem pemantauan lebih ketat dan jelas bagi memastikan bantuan makanan sampai kepada golongan yang memerlukan.
Persetujuan itu dicapai selepas utusan khas AS untuk hak asasi manusia di Korea Utara, Robert King bertemu dengan Ketua Hal Ehwal Amerika Utara di Kementerian Luar Korea Utara, Khamis lalu dan kelmarin di Beijing.
Penggantungan program pengayaan uranium yang mula didedahkan Korea Utara setahun lalu menjadi tuntutan utama Washington sebelum rundingan enam negara dapat berlangsung.
Korea Utara berundur daripada forum enam negara yang turut dianggotai China, Russia, Jepun dan Korea Selatan pada April 2009, sebulan sebelum menjalankan ujian nuklear kedua negara itu. - AFP
-HMETRO
Mangsa asid azab
REDA... Mahyuddin menunjukkan kesan simbahan cuka getah oleh isterinya dalam kejadian Ogos lalu. |
KOTA BHARU: “Semua yang berlaku sudah suratan takdir dan isteri sekadar menjadi penyebabnya,” kata Mahyuddin Abdullah, 47, yang menjadi mangsa simbahan cuka getah oleh isterinya dalam kejadian di Kampung Kok Lanas, di sini, Ogos lalu.
-HMETRO
Taktik menipu tiada maruah
“Sesiapa saja boleh menyamar, menipu atau melakukan apa saja sebebas-bebasnya dengan mudah kerana tiada siapa dapat mengesan penipuan yang dilakukan.
“Bahkan, kalau seseorang itu menguasai banyak bahasa, misalnya bahasa Inggeris, Perancis dan lain-lain, kemungkinan langkahnya semakin panjang untuk melakukan penyamaran dan penipuan.
“Penipuan dilakukan segelintir wanita untuk meraih wang dan mereka dianggap pisau cukur kerana suka mengambil kesempatan mendapatkan harta orang lain. Kebijaksanaan menggunakan ‘ayat power’ sehingga mampu mencairkan hati lelaki adalah kelebihan mereka.
“Namun menggunakan kelebihan untuk menipu atau salah guna kebijaksanaan yang dianugerahkan dianggap tidak bijak dan menyalahi etika sosial dan agama.
“Jika lelaki yang terkena itu mahukan sesuatu daripada gadis berkenaan untuk tujuan tidak baik, ini ibarat buku bertemu ruas,” kata pemilik K & A Applied Psychology Consultancy yang memiliki Ijazah Kaunseling dari Universiti Michigan, Amerika Syarikat itu.
Khairol mengakui kes seperti ditipu melalui laman sosial semakin banyak, malah golongan muda mudah tertipu dengan kata-kata manis atau gambar menarik kerana kurang berhati-hati.
“Apapun, kita kena berpegang kepada adat resam ketimuran dan agama kerana menipu membabitkan etika hidup. Walaupun tahu semua orang bebas menggunakan Facebook sebagai medium untuk berkomunikasi, seharusnya ia tidak digunakan sewenang-wenangnya untuk kegiatan tidak bermoral atau berniat jahat,” katanya.
Sementara itu, kaunselor yang juga pakar motivasi, Fauzi Mustaffa meminta gadis yang gemar menggoda lelaki di laman sosial segera bertaubat kerana ia menyalahi agama.
Dia juga harus meminta maaf kepada orang ditipu, di samping membayar balik wang diberikan demi menebus kesilapan sendiri.
“Memang dia harus meminta maaf kepada orang yang ditipu kerana selagi tidak bertaubat, ia tidak akan diterima. Moralnya, jika berdosa dengan Allah SWT kita disaran meminta ampun, tetapi berdosa dengan manusia wajib meminta maaf dengan empunya diri. Selagi dia tidak memaafkan, selagi itu segala ibadat atau kebaikan tidak diterima Allah.
“Pembohongan dan penipuan termasuk dalam enam dosa besar sebagaimana kehendak Nabi Muhammad SAW,” katanya yang menyelar sikap mereka yang suka melakukan penipuan sebagai manusia bermasalah.
Fauzi berkata, jika benar-benar mengalami kesusahan, ada saluran betul untuk mendapatkan bantuan memandangkan kerajaan ada pelbagai badan untuk menyediakan bantuan seperti Pusat Zakat mahupun Baitulmal.
-HMETRO
Pemimpin Saudi digesa ringan hukuman
Hukuman memotong tangan kanan dan kaki kiri enam rakyat tempatan itu menanti kelulusan Mahkamah Agung Saudi dan akan dijalankan dalam tempoh beberapa hari sekiranya diluluskan, kata organisasi itu. “Hukuman memotong anggota tubuh adalah kejam dan menyeksakan. Ia tidak patut dilaksanakan dalam sistem keadilan jenayah,” kata pengarah organisasi itu bagi rantau Timur Tengah dan Afrika Utara, Philip Luther. - AFP
-HMETRO
Pencuri wanita lebih 40 kali lepasi pemeriksaan
Chao Sam-i, 49, tukang cuci dari Macau dihantar pulang dari Hong Kong selepas menerima hukuman larangan memasuki bandar raya itu untuk seumur hidup pada 2004 ekoran beberapa siri kecurian dilakukannya, lapor akhbar South China Morning Post.
Chao kemudian mengunjungi Hong Kong lagi pada 2009 untuk menghadiri perkahwinan anak perempuannya tanpa ditahan dan sejak itu kembali ke bandar raya berkenaan puluhan kali.
Bagaimanapun, perbuatannya itu akhirnya terbongkar selepas dia ditahan oleh pihak berkuasa Hong Kong Ogos lalu kerana mencuri 12 botol minyak wangi bernilai HK$4,000 (RM1,645). - AFP
-HMETRO
Seronok lihat lelaki sogok wang
MUDAH JERAT... Liana hanya bermodalkan gambar seksi di laman sosial.
Gadis itu yang hanya mahu dikenali sebagai Liana mengakui menggunakan kepakarannya mengayat ramai lelaki bagi mendapatkan wang mereka untuk berfoya-foya, termasuk melancong keluar negara.
Dia yang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak menafikan mereka yang terjebak termasuk artis yang baru mencipta nama, bahkan beberapa adik kepada artis terkenal turut menjadi mangsa selain yang berkerjaya penting sebagai jurutera, jurujual dan eksekutif syarikat swasta.
Secara jujur, Liana berkata, perceraian ibu bapa menjadi punca dia melakukan perbuatan itu untuk membalas dendam, terutama bapanya yang banyak mengabaikannya, manakala ibu pula sibuk dengan kerjaya harian sebagai eksekutif syarikat.
Katanya, dalam sebulan, dia mampu meraih dua tiga ribu ringgit hanya berbekalkan air liur untuk menggoda lelaki yang bagaikan terpikat dengan pesona menarik gambar yang dipaparkan dalam laman sosial itu.
Malah, katanya, dia tidak pernah menyesal dengan apa dilakukannya, sebaliknya mampu melepaskan tekanan akibat kesunyian dengan menggoda lelaki.
“Saya mula teruja dengan perbuatan ini apabila memasukkan gambar seksi dalam laman sosial semata-mata untuk menarik perhatian kenalan yang menjadi rakan saya dengan niat menggoda atau ‘test market’.
“Mungkin terpikat dengan gambar sedemikian, ia menjadi senjata untuk membuatkan ramai yang suka bersembang dengan saya dan ingin mengenali saya dengan lebih dekat.
“Bayangkan dalam sekelip mata, saya ada lebih seribu kenalan. Semuanya saya layan dengan baik... jika ada yang hendak bertemu, saya memberi pelbagai alasan tidak boleh keluar.
“Kebanyakan mangsa saya adalah artis baru, anak orang kaya atau yang memiliki kerjaya menarik. Soal memasukkan wang ke akaun bank, mereka tidak kisah berapa jumlah yang saya minta,” katanya kepada wartawan Metro Ahad selepas berjaya memujuknya beberapa kali menceritakan perbuatannya.
Liana berkata, selepas memasukkan wang ke dalam akaun, dia memberi helah memaklumkan wang tiada dalam akaun dan meminta wang dimasukkan lagi.
“Lelaki yang bagaikan lembu dicucuk hidung akan terus memasukkan jumlah lebih banyak ke akaun saya,” katanya yang mengakui ada mangsanya bergelar anak seni dan adik artis terkenal.
Kebanyakan mereka menawarkan diri untuk menjadi teman lelaki dan tidak kurang mengajaknya berlibur.
“Saya sebenarnya bukan gadis liar yang gemar menghadiri parti liar atau bersosial. Apabila melihat lenggok mereka lebih condong ke arah hubungan seks, saya terus mematikan perbicaraan.
“Hampir tiga tahun saya melakukan kerja itu hingga sekarang, saya berasa seronok melihat betapa ramai lelaki mudah terpedaya dengan wanita cantik. Namun jika melihat gaya lelaki jujur pula, saya tidak sampai hati untuk mengayat mereka,” katanya.
Ditanya mengenai wang diterimanya, Liana yang tinggal bersama ibu selepas bercerai sejak lima tahun lalu berkata, dia menghabiskan wang itu bersama rakan dengan membeli-belah mahupun karaoke atau melancong ke pelbagai destinasi.
Menurutnya, dia banyak menghabiskan masa dengan Internet untuk muat turun gambar dan aktiviti dilakukan supaya dirinya sentiasa ada perkembangan terbaru.
“Saya mengambil gambar kawan yang cantik dengan penampilan badan menarik, lalu saya masukkan ke dalam FB. Oleh kerana fizikal saya gemuk, sudah tentu saya malu untuk menampilkan diri sebenar.
“Pernah terjadi seorang kenalan mahu berjumpa dan kami mengadakan janji temu di kompleks beli-belah. Saya menyatakan kesanggupan bertemu demi meyakinkan mereka.
“Namun saya tidak menyatakan diri yang sebenar. Kalau pakai baju biru, saya katakan warna merah untuk mengelirukan mangsa.
“Apabila melihat dia (mangsa) datang dengan menggambarkan warna dan jenis pakaian dipakai, ketika itu saya segera bersembunyi.
“Kemudian saya hubungi lelaki itu dengan mengatakan tidak dapat datang kerana tiba-tiba ada kecemasan atau sakit. Kebanyakan alasan diberi agak konkrit, menyebabkan mangsa percaya apa saya katakan.
“Sebaik melakukan penipuan, saya berasa puas apabila melihat kesungguhan mangsa untuk benar-benar bertemu.
“Daripada situ saya membuat kesimpulan jika selama ini lelaki suka menipu perempuan sesuka hati mereka, kali ini saya ingin melihat bagaimana lelaki pula diperdaya,” katanya.
Gua menyerupai tengkorak?
Tarikh : December 17, 2011
Sinonim dengan rupa dan bentuknya, gua di tasik kuari terbengkalai berhampiran Coniston, Cumbria, juga dipercayai berbahaya kerana telah menelan nyawa beberapa penyelam.
Kolam tersebut mencapai kedalaman 25 meter dan mempunyai terowong sepanjang dua meter persegi. Tempat yang popular di kalangan penyelam itu difahamkan menelan sekurang-kurangnya tiga nyawa sehingga tahun lalu.
Jurugambar, Peter Bardsley memberitahu, mangsa-mangsa yang terbunuh di situ menemui ajal di dalam terowong yang dipenuhi air selain menyebabkan mereka terjgelincir ke bawah.
"Saya hanya sedar rekfleksi imej tengkorak ini sewaktu menghasilkan gambar selepas pulang dari menyelam," kata Bardsley.-SH