Pages

Sunday, December 18, 2011

Tangguh program nuklear



         
SEOUL: Korea Utara bersetuju untuk menggantung program pengayaan senjata nuklear-uranium dijalankannya, manakala Amerika Syarikat menuntut supaya rundingan pelucutan senjata diadakan semula, lapor berita, semalam.

Agensi berita Yonhap dan Chosun Ilbo memetik kenyataan sumber diplomatik sebagai berkata, Washington bersetuju untuk membekalkan Korea Utara dengan 240,000 tan bantuan makanan. Pyongyang bersetuju ‘untuk melaksanakan langkah awal proses menghentikan rancangan nuklear termasuk menggantung program pengayaan uranium dijalankan,” kata kenyataan dikeluarkan Yonhap.


Menurut sumber itu, Korea Utara bersetuju meletakkan sistem pemantauan lebih ketat dan jelas bagi memastikan bantuan makanan sampai kepada golongan yang memerlukan.

Persetujuan itu dicapai selepas utusan khas AS untuk hak asasi manusia di Korea Utara, Robert King bertemu dengan Ketua Hal Ehwal Amerika Utara di Kementerian Luar Korea Utara, Khamis lalu dan kelmarin di Beijing.


Penggantungan program pengayaan uranium yang mula didedahkan Korea Utara setahun lalu menjadi tuntutan utama Washington sebelum rundingan enam negara dapat berlangsung.


Korea Utara berundur daripada forum enam negara yang turut dianggotai China, Russia, Jepun dan Korea Selatan pada April 2009, sebulan sebelum menjalankan ujian nuklear kedua negara itu. - AFP
-HMETRO

No comments:

Post a Comment